»

My Dream to Jeju Island..

I keep my wish wanna go to Jeju Island since last year..WALAWEY~~!!..cantik nyee...


Ni sume since aq tgok citer Boys Over Flower..sbb ade scene2 dorg kat Jeju Island,then aq trus terjatuh hati hgga terjelepok kat lantai bler tgok pemandangan di..

Dgn besar hati nyee aq nk tunjuk kat korang attraction places yg ade kat Jeju Island..This land such really beautiful place I have never seen before..

Jeju Island Map


ni menunjukkan peta overall Jeju Island..besau jugak lahh keluasan dia..iaitu 
713 sq miles (1,846 km²)
wahh!! Besau nyer 0.0" !!

Antara attractions places yang ade ;)

TeddyBear Museum


Bagi sesiapa yg suke teddybear sangat2..boleh lahh ke Teddy Bear Museum..Wahh2!! Amazing kan?.Teddybear pun ade museum ni haa..hebat2..

Kat sni ade dua galeri yang penuh dengan teddy dan bear dari pelbagai negara. 

Korang jugak boleh menikmati all by u'rself di kedai muzium, kafe restoran, atau taman luar yg pade masa yang same boleh tengok pemandagan Jungmun Sea.


Seonimgyo Bridge


Seonimgyo Bridge ni adelah sebuah jambatan gerbang di Pulau Jeju yang berdekatam dengan Cheonjeyeun Waterfall.Jambatan itu jugak dipanggil Chilseonyeogyo (칠선녀교) atau Seven Nymphs Bridge.

Ape tu "Nymphs"?

Nymphs melambangkan legenda Korea keturunan tujuh Nymphs cantik dari langit pada waktu malam.Maknenye die ade legend die sendiri lahh.Tpi sayang nye,aq bukan nak cite psal history Korea kat sini. =.="

 Seonimgyo Bridge adalah jambatan gerbang pertama atau Ojakgyo (오작교) reka bentuk di perantauan ni.


Yeomiji Botanic Garden


Yeomiji Botanical Garden terletak di dalam Kompleks Pelancong Jungmun adalah merupakan taman botani terbesar di Asia ( 0.0" Woah!! ) Kaca indah Yeomiji Conservatory  yang kat tengah2 tuu dan sekeliling nye telah dikumpul dan dipaparkan 1,200 spesis tumbuhan tropika dan subtropika.(muat ke?)

Ape tu Yeomiji? Macam adik beradik ar kotak Yeo's jee..

Haa..mai2 cek nak cita kat hampa semua.Sebenarnya Yeomiji adalah perkataan Cina yang terdiri daripada tiga huruf dengan "yeo" yang bermaksud "apa-apa," "mi" "kecantikan" dan "ji" "tanah," yang menggabungkan bermaksud "taman syurga". (so kalau Yeo's makna nye, "apa's-apa's" ;D)

Dalam Taman Yeomiji, ade beberapa rumah hijau dengan tema yang berbeza seperti taman bunga, taman tumbuhan akuatik, kaktus dan succulents taman, taman hutan, taman buah-buahan tropika dan banyak lagi lahh.


Manjanggul Cave


Manjanggul Cave (Gua Manjanggul) not gua janggut ok.Gua ni antara longest lava tube in the world!.WOW!! 0.0" korang tahu tak?. < Aku pun baru dapat tahu sebenarnye :)  

Kelebaran gua ni kira-kira 5 meter lebar, antara 5 hingga 10 meter tinggi dan lebih 13 km panjang. 
^ Memang besar gile!.

Tiub-tiub lava ni dah membentuk kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu, telah dipelihara dengan baik oleh orang-orang di Korea. 
Tapi sayang~..Hanya 1 km jee dibuka untuk para pelancong menjalajah. < dorang betul2 jaga gua ni.(Gua Musang kite tuu,dieorang jaga macam ni x?)


Seongsan Ilchulbong Peak


Seongsan Ilchulbong Peak berukuran 182 meter tinggi dari paras dasar laut.Terjadi nye peak ni lebih kurang disebabkan dari satu siri letusan gunung berapi yang bermula over 100,000 tahun yang lalu..lalu..lalu..

Tapak ni sebenarnye menyerupai sebuah kubu lama di atas tebing pantai dan di mana pada asalnya adalah sebuah pulau gunung berapi tetapi kemudiannya disambungkan dengan pasir dan batu kelikir kat between Pulau Jeju dan Seongsan Ilchulbong Peak.

Ape yang best kat sini?

Haa..matahari terbit yang dilihat dari puncak dianggap salah satu pemandangan yang paling menarik indah yang korang semua boleh lihat..(maybe pemandangan macam naek Bukit Broga kott..)


Loveland ( 18 ++ only! )


Jeju Island ni makin aku google,makin menarik jadi nyee.. ;)

Haa..Kat sni ade Loveland lahh!!. Loveland atau boleh dikenali sebagai Tanah Cinta..(amboi!~..) tempat ni adelah taman arca luaran yang dibuka pada tahun 2004 (time aku amek UPSR).

Taman ni lebih memberi tumpuan kepada tema seks yang contains all the seks2 thing macam filem pendidikan seks dan juga menampilkan lebih !$) arca yang berbentuk manusia dalam pelbagai gerak gaya tari nyee..(aku nak citer lebih lanjut pun jadi malu sudah.. =.=) 

Ape pun yang penting aku syorkan taman ni untuk 18 tahun ++ sahaja.Sebab nye?.Sebab tuu lah..


Hallasan Mountain


Gunung yang cantik ni adalah Gunung Hallasan (Hallasan Mountain) .Benda alah ni terletak di tengah-tengah Pulau Jeju dengan ketinggian 1950 meter dan ia telah ditabalkan sebagai gunung tertinggi di Korea dan mengandungi kanji-kanji basalt gunung berapi tidak aktif. (maka gunung ni selamat utk didaki ;) )
Kat atas gunung tu ade  sebuah tasik kawah dipanggil Baengnokdam, iaitu 3 kilometer dalam lilitan dan 500 meter diameter.
Landskap yang indah pada sepanjang tahun dan ekosistem yang pelbagai dan jarang boleh korang jumpa di setiap ketinggian. Dan!,Gunung Hallasan adalah Kawasan Pemuliharaan Asli.Dorang melakukan semua peliharaan kat sni.(bagus nyer rakyat korea ;) )


Jeju Folk Village Museum


Ok,next destination is Jeju Folk Village Museum.Dengan jumlah daripada 117 buah rumah dan kemudahan, Jeju Folk Village Muzium telah dipulihkan dengan mencipta /membina adegan kampung ala-ala 1890-an gitu.. Antaranya perkampungan yang ade ialah Mountain Village, Kampung Hill-Country, Kampung Memancing dan Kampung Shamanisme.

Keluasan lebih kurang daripada 40 ekar, dan ia telah diubahsuaikan megikut penyelidikan jangka panjang dan analisis para-para pakar dan para-para sakura ;) . Terdapat jugak beberapa item kaum - kaum korea yang di paparan  seperti woodenware 1.627, 1.046 buluh ware, 1699 tembikar, 1544 porselin ware, 765 lilin lilin, 921 barang besi dan barang-barang lain 579.

Rakyat Jeju Village Museum tarikan pelancong utama kat pulau ni di mana adat zaman dahulu yang kita diterokai dan dijelajahi.


Jusangjeolli Cliffs


Jusangjeolli Cliffs ni adelah satu set tiang batu yang kehitaman, bentuk segi empat tepat atau heksagon yang terletak di bahagian pantai timur Pelancong Jungmun Resort.

Tiang2 batu ni kalau korang tenung betul2 macam diukir oleh stonemasons, tiang adalah bukti kuasa menggerunkan alam semula jadi.

Mengikut kajian, depa sering mengatakan cliffs ni sebagai Sambungan kolumnar menegak, pembentukan dicipta melalui penyejukan tiba-tiba lava bahawa mengecilkan jisim.

Kalau korang tengok ombak terhempas dan melambai kat tiang/cliffs ni nampak tenang dan cantik.Jangan terkejut plak yang setiap ombak yang melambai-lambai tuu kekadang boleh sampai 20 meter tinggi.

(tinggi jgak lahh..ape yang penting,filem "Ombak Rindu" xde kena-mengena dengan ombak yang terhempas dan melambai-lambai sayup kat dalam Jeju Island ni ;P )


Cheonjeyeon Falls


Cheonjeyeon Falls (천제연 폭포), ni dinamakan "The ponf of God" kenapa dipanggil begitu? cek xtaw naa.Ia terdiri daripada 3 bahagian. 

Sekitar falls ni ade pelbagai hidupan tumbuhan hidup subur, seperti buluh 'solipnan' jarang.Bahagian timur die, ada sebuah gua yang berair sejuk..

Untuk makluman korang,kalau korang nak pergi mandi-manda kat falls ni,better pi time summer,sebab den xnak korang membeku kalau pegi time winter ;)


Jungnum Beach

                 



Jungnum Beach (중문 해수욕장) mempunyai pantai berpasir begitu halus dan tulus yang dipanggil Jinmosal. Pantai pasir putih ialah 560m panjangnye dan mempunyai kedalaman paras laut dalam 1.2m.

 Haa!.ade gua lagi kat tang ni!.ia terletak sebelah kanan pantai,tapi ni version gua laut semulajadi  punye yang dipanggil Gua Haesikgul.



Sekian saje lahh aku bercerita tentang impian aku nak ke Jeju Island ni.Actually,banyak lg tempat menarik tapi yang ni jee aku sempat nak masukkan dalam entry ni.Cantik kan?.memang cantik sangat2!.

If  korang nak tahu bayaran entrance untuk setiap tempat atau transport nak ke tempat-tempat kat atas ni lebih details,korang boleh refer link kat bawah ni..(yang aku tulis as cerdit to:) atau ;

More information kindly refer to Uncle Google or Aunt Yahoo k.. ;)

Credit to : http://www.tommyooi.com/jeju-attractions/

No comments:

Post a Comment