»

Serlahkan Senyumanmu :)

Assalamualaikum dan Hai ! 

Tengah budak-budak lain sibuk mentelaah pelajaran kat Perpustakaan Awam Seberang Jaya ni, Fad pulak ternampak Majalah Remaja edisi 15 MEI 2012 terbitan Karangkraf.


Rasenye Fad sepanjang tahun 2012 ni belum lagi bace Majalah Remaja..disebabkan tertarik dengan cover majalah depan “ Elfira Loy” then fad pun amek and selak-selak majalah ni J almaklum lahh segala information skrg nii bace kat blog-blog jee ^^

Sambil-sambil menyelak tuu Fad ter”break “ sekejap kat satu artikel ni dekat page 58 J hehehe..boleh pulak nak break2 kan? Title artikel tuu pasal “Serlahkan Senyuman mu” haa..jum bace entri fad kali ni pasal senyum :) 
Senyum

Tak perlu kata apa-apa

Senyum

Tak perlu kata apa-apa

Senyum

Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


10 fakta menarik pasal senyum yang korang kena tahu:

1.       Pengkaji dan pengamal barat percaya kalau kite memulakan hari dengan senyuman bukan je boleh menceriakan hidup ttp memberi byk lagi kebaikan –kebaikan yang lain.Sebab bila kite senyum,badan korang akan turut ‘tersenyum’ dan ini maksudnya kita akan gembira for a whole day! Kajian jugak menunjukkan yan senyuman boleh memperlahankan aliran darah melaui sinus ke otak. Pewh! Hebat kan? Kebesarann Allah J


2.       Senyuman ni bukan sekadar reaksi muka tapi turut mempunyai kaitan dgn penghasilan endorphin dlam otak yang sekaligus dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.So,dari senyuman segala kesakitan fizikal dan emosi korang tuu boleh dikurangkan J

3.       Jangan terkejut kalau Fad nak nyatakan bahawa senyuman ni pun suatu jogging. Haa! Tapi bukan jogging2 kat taman tuu..ia adalah jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh and plus! memberi manfaat kepada system saraf otak and also the hormon-hormon.

4.      Kajian jugak ada menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam dapat manfaat kardiovaskular yang equal dengan bersenam selama 10 minit.Ia terjadi sebab bile kite ketawa,tekanan darah dan kadar degupan jantung akn turut meningkat.Pastu kadar ni akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kamu ketawa. =.=" amazing sungguh aihh!.

1.       Korang mesti rindukan gelak tawa zaman kanak-kanak kan? Sometimes tuu kite kena sedar yang sememang nye kanak2 lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa.kanak2 yang umur 4 – 6 tahun akan ketawa 400 kali sehari berbanding hnya 15 kali sehari di kalangan org dewasa.So,tak hairanlah kalau orang dewasa senang dapat penyakit dan dapat masalah tekanan dan kemurungan.



6.       Bila darah yang ‘dah sejuk’ ni sampai ke hipotalamus ( bhgian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia akan menghasilkan kesan ‘gembira’.Selain itu bila kite senyum,kite akan menggunakan 17 otot kat muke ni berbanding 43 otot kat muke time mengerutkan dahi.

7.       Ade kajian yang di buat oleh sekumulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California cakap terdapat 2 jenis stress yang sering berlaku.Iaitu jenis stress yang baik dan stress jenis yang tak baik.

8.       Senyman jugak mampu merendahkan tekanan darah + menambah kemasukan oksigen dalam darah + dapat merangsang proses penyembuhan.Banyak kajian yang semestinye bukan Fad buat dah terbukti bahawa tekanan emosi macam kemurungan,kemarahan atau keresahan berkait rapat dengan sakit jantung.

9.       Ketawa dikatakan mampu membetulkan function-function usus and plus! Meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalan badan.Ade jugak segelintir tuu believe that laughing ni boleh bakar kalori seperti kite sedang bersenam.

10.       Senyum dan ketawa antara senaman yang terbaik kerana both of it membabitkan diafragma, abdomen,system pernafasan,muka,kaki dan otot belakang badan.Ketawa mampun ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot2 abdomen,merangsang otak-otak korang dan meningnkatkan keupayaan dalam pembelajaran.Ia dapat melegakan ketegangan otot and tekanan psikologi selain membuatkan otak lebih peka serta bersedia membuat otak lebih peka. J

Demikian lah entri Fad pada kali ni pasal "Serlahkan Senyumanmu" .Janganlah korang kedekut senyuman yee..senyum tuu kan sedekah :) ape yang penting sekarang ni yang Fad ingin highlight kan adelah, Setiap Senyuman yang Dimiliki oleh sesiape saje adalah senyuman yang manis,Tak kira sama ada awak memiliki muka sehodoh The Beast sekalipun,tapi apebila senyum,muka awak akan nampak sangat comel :)






Dah Bersediakah ?

Hai..and Assalamualaikum ..

Ok,kenapa entri Fad kali ni macam laen semacam jee..Haa..sebabnye tetibe Fad terdetik nak membangkitkan hal ni..Oleh itu, Fad pecahkan kepada 2 kategori ;  Lelaki dan Perempuan

Dah sediakah anda yang lelaki untuk berumah tangga suatu hari nanti? Pernah tak terdetik kat fikiran korang yang korang hujung nya nanti korang kena kahwin jugak akhirnya..korang kahwin dengan pilihan hati korang..melafazkan nikah kat depan tok kadi “Aku terima nikahnya dot..dot..dot.. binti dot.. dengan mas kahwin dot..dot..dot.. ringgit tunai..




Fad nak tnya korang ni (bagi yang lelaki);

1.       Korang dah ada cukup duit ke nak kahwin ni? (bukan Fad nak peril tapi tuu dah memang kenyataan..jadi sampai ade jadi kes pinjam kat ALONG semata-mata nak kahwin..tuu cari nahas namenye…)
2.       Korang dah sedia jadi ketua keluarga?
3.       Korang dah sedia menjaga seorang wanita iaitu isteri korang dgn nafkah zahir dan batin?
4.       Boleh ke korang sediakan nafkah yang mencukupi untuk anak-anak korang nanti?
5.       Dapatkah korang sediakan kesenangan untuk bakal isteri dan anak-anak korang nanti?
6.       Korang dah sedia nak menimang anak then azankan anak korang tuu kat belah kanan dan iqamat nye belah kiri?
7.       Korang dah sedia menanggung segala tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami yang mithali?
8.       Korang sanggupkah berkorban apa saja untuk family?
9.       Sediakah korang membimbing isteri korang?
10.   Boleh kah korang membahagikan masa dengan ibu korang nanti? (ingat, syurga di telapak kaki ibu taw..)
11.   Sediakah menjadi imam untuk anak-anak dan isteri?
12.   Dah sediakah untuk menjadi wali kepada anak perempuan korang nanti?
13.   Bagi yang merokok, korang dah sedia untuk berhenti merokok demi masa depan isteri dan anak-anak?.

Bagi yang perempuan pulak,saat kita dah menjadi isteri yang sah,kita wajib mendengar dan menurut kata si suami..Dah sediakah korang jadi milik suami mu sepenuhnya? Seperti yang selalu di ibaratkan,syurga bagi seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami..

Then,fad (sebagai yang perempuan) ni pun tertanya kat diri-sendiri :

1.       Sediakah aku menjadi milik dia?


2.       Sediakah aku menjadi isteri dan ibu yang solehah untuk anak-anak aku suatu hari nanti?
3.       Sediakah aku nak mengandung 9 bulan, dan bersalin? (Mak Fad selalu ckp ketika bersalin,nyawa kita bagaikan telur di hujung tanduk..bersediakah aku)
4.       Bersediakah aku menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri? (memasak,menjahit, mengemas rumah)
5.       Boleh ke aku menjaga anak-anak aku sebagaimana Ibu ku menjaga ku sekarang?

6.       Mampu kah aku mengajar anak-anak aku fardhu ain dan fardhu kifayah?
7.       Boleh ke aku menurut kata suami suatu hari nanti?
8.       Suamiku,boleh kah kau menjaga ku sebagaimana IbuBapa ku menjaga ku.
9.       Bersediakah aku memasak hidangan untuk anak-anak dan suami kun anti?
10.   Bagaimana aku nak membimbing anak-anak ku suatu hari hari nanti?
11.   Dah bersediakah aku berjaga sepanjang malam untuk menyusu dan menjaga anak aku nanti?
12.   Bersediakah aku menjaga anak-anak ku andai suamiku “pergi” dulu sebelum ku?

Yaa..memang dalam islam diwajibkan berkahwin awal andai dah sedia..ia bagi mengelakkan fitnah dan gejala-gejala maksiat..tapi ape yang fad cer sampaikan hanya lah,korang dah sedia ke belum nak berumah tangga?. Korang dah sedia dari segi fizikal dan mental ke?  Korang dan sedia dari segi zahir dan batin?

Fad memang xde hak langsung nak cakap kat korang pasal kahwin-kahwin nii sebab Fad pun x laluinye lagii..Fad just sampaikan ape yang menjadi tanda tanya dalam diri Fad ni..Sebab fad terfikir,adik-adik yang bawah Fad sekarang,kahwin awal sangat tapi,cube fikir tentang persediaan korang..

Korang dah sedia puluhan dulang hantaran,wang hantaran,mas kahwin,khemah,baju pengantin and also catering tapi ade tak tertanya kat diri sndiri?.persediaan diri sendri tuu macam mane? =.=” Fad cakap macam orang dah expert pulak kan..dont worry Fad x sedia lagi nak kawin..Kalau jodoh dah sampai,Fad mesti bagitahu korang punye J


Oh My Maths!.

Assalamualaikum semua :)

Maaf lame beno Fad tak menambah entri sbb skang tengah dalam exam week dan itu telah sekaligus telah mendorong Fad untuk menghentak kepala tang dinding..

Dari 11 June sampai 15 June,Fad akan menempuhi hari-hari yang menghantukkan kepala..

dan hari ni, (14 June) dah membuatkan Fad terlalu tension sebab exam MATHS petang tadi..

Ya Allah! Fad xtahu ape yang Fad dah jawab sampai mind jadi totally blank tadi dan dah menyebabkan berguguran nye airmata Fad ni disebabkan paper MATHS sebentar tadi..

Betapa tension nye Fad,hanya ALLAh jee yang tahu..

dan right now Fad dah down sangat2 because of the MATHS paper..



T.T" Dapat lulus pun jadi lahh..

Maths Songs by One Direction :

Remote Control


Hai korang-korang.. J

Entri utk hari ni mmg pelik ke beno sbb Fad ltak title yg sngat jarang dibuat oleh orang yg waras..thats means,Fad nii kurang waras lah jugakk..

Ape korang tahu pasal remote control? Kalau korang taktahu ape tuu remote control,maknenyer korang adelahh insane yang patut ditembak by M16..ape kehe nye kalau taktahu ape tuu remote control dah besau2 gajah ni?.Ya Allah,sabo jee lahh..





Meh cek nak habaq mai,”Remote Control adlah satu objek yang berfungsi sebgai controller..dalam bahasa melayu nya Fad taktaw nak habaq kat ampa lagu mana..

Sbagai terdekat adelah, television plasma + wide screen kat rumah korang tuu..Tv tuu menggunakan sebuah remote control untuk memudah kan korang menekan segala ape channel yang ade..banyak lagi fungsi nye,ia boleh dijadikan sebagai pengganti microphone dan alat membaling kat orang.. hehehehe..

Actually!, entri hari ni bukan Fad nak cita pasai Remote Control tapi Fad nak cita psai orang meng”ontrol” hidup kita bagaikan remote control..WAH?! hangpa faham dak apa yang Fad try nak luahkan ni??.
Ok lahh..senang cita Fad nak bgtw pasai orang yang selalu control kita without using any controller object ..it’s a mind controller but not hypnotized OK!!Ianya berlaku dalma keadaan kita tak sedar yang kita nii dah macam controller die..OWH please lahh.that’s type of person was really the SYAITOONN kot..
Kenapa pulakk kan?.


Kenapa ? Kenapa? Kenapa apa? Nieh suma sebab person yang lagu nii dia takda kawan rapat kott..semua orang dia tak puas hati..apa orang ade,dia mesti nak ada jugak!.kang ku katok kpala tang dinding baru nak taw..Fad taktahu lahh nak cakap lagu mana..kot2 dia jeles kaa,cemburu kaa,sakit hati kaa..Ni memang Fad betoi-betoi tak paham at all..Padahal budak nii baek paras rupa, comel lagi dari Fad(Fad ni cute jee ^^) ,have high taste of quality..quality tang mana Fad taktaw laa..

Tapi sorang ade tolong sedaqkan Fad,dan Fad pun bertanya yang laen depa pun dok cakap benda yang sama..I’m was just like a television that’s have been controlled by someone near me..Yea, ape yang bangang nye,Fad baru sedaq dan ada kebenaran lahh nye jugakk.. =.=” (admit myself)..
Macam mana boleh macam ni?.

Maybe sebab Fad always contact and always be with the “ ” and tanpa di sedari Fad dah decontrol..UIH!! penat Fad cer pikiaq2 balik tang mana kebenaran nya..tapi ternyata benar..That person thinks me as a servant at the time..hahaha.. lagu mana lahh fad nak menghindarkannya?.Payah aihh..

Seriously bila dah jadi macam ni,Fad da macam benci pulak nak dok kat bumi lama-lama..Kalau ada tiket utk “pergi” cepat,Fad dah lama beli dah..Tension bila kadang2 tuu kita selalu tolong dia,be always on dia side and last-last Fad ni dia layan Fad lagu sampah macam !@#$ pulak dah kan..Hadoiai..sampai bila pun taktaw lahh.. Mampuih p kat hang lahh..janji Fad dah tolong hang tang mana yang patot sebagai sedara sesame islam, and Fad pun malas nak gaduh ngan orang macam hang, sebab lebih baek Fad pi Padang Kota pekena gado-gado..lagi sedap  J perut pun kenyang..hati pun senang..

Nieh!.Fad tak kisah and tak hamek kisah at all if “ “ wanna jealous with me in any part of my life..hak hang nak jealous, bukan hak Fad..and one more thing I will try my best for not being as “television” anymore..This is my privacy, my hak and my life to choose..u can’t masuk-masuk interframe in it..

Dan conclude nya adelah :


Sekian saja entri untuk hari ini...Bubye~>>

Emel buat bakal suamiku..


To:My future husband
Cc:
Subject: Special buat bakal suamiku
_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

Dear my loving future husband (yang sememangnya belum ade dalam list lagi),
Terima kasih sangat sebab dah merebus hati batu Fad ni into lembut..sungguh nya Abang lahh hero yang hebat diantara hero-hero Avengers yang ade. Fad sangat terharu :’)

Abang sure ke nak jadi suami Fad? Rumah dah ade? Kereta? Duit dalam simpanan banyak tak? (pewh meterialistik beno Fad nii) Fad tak mengharapkan rumah banglo tapi kalau tuu rezki kita,Fad ok jee. Fad tak mengharapkan Ferrari atau Lamborghini. Tapi kalau boleh Mini Cooper tuu pun jadi lahh.
Abang dah habis bayar MARA/PTPTN tak? Kalau Abang tak habis bayar lagi,kita cancelkan jee lah perkahwinan kita nii. Fad taknak nanti Abang dah meninggal, Fad pulak yang kena bayar hutang Abang tuu. And by the way, Abang betul ke sayang Fad ni? Kalau betul, Abang kena janji bayar semua hutang PTPTN Fad. Tuu lah baru tandanya sayang. Betul tak?

Abang..
Even muka Abang tak sehensem Jung Yong Hwa,badan tak se”tough” Kim Hyun Joong dan senyuman tak secomel Jang Geun Suk pun xpe. Asalkan cinta dan sayang abang kat Fad tuu ikhlas semacam Shah Jahan kepada Mumtaz nya, macam Romeo kepada Juliet nye. Itu dah pun better enough untuk Fad.

Abang..
Terima kasih sangatlahh sebab dah beri wang hantaran sebanyak  RM 25 ribu untuk perkahwinan kita hari tuu. Fad akan membazir sebaik yang mungkin demi Abang. Abang.. Abang tahu kan cinta Fad kat Abang tak boleh dibeli dengan wang ringgit sekalipun. Tapi Abang, bukan maksud Fad duit tuu tak penting, duit tuu penting sangat Abang. Nak bayar duit pelamin, catering, dan bunga telur. Haa! Nak honeymoon lagi.
Terima kasih jugak sebab Abang menerima Fad walaupun Fad ni tak pandai masak sekalipun.Ye, Fad tak sempurna Chef Wan dalam masakan, tapi Insya’Allah Fad akan cuba sebaik mungkin belajar memasak melalui YouTube atau Blog eventhough ilmu masakan yang ada dalam dada ni hanyalah menanak nasi, goreng telur dan menjerang air. Abang, janganlah risau tentang makanan kat rumah nanti sebab Fad berjanji kan akan selalu pastikan bawah tudung saji kat meja makan kita tuu ada lauk yang di sponsor oleh jiran sebelah atau mekdi/pizza/domino delivery. Tapi kan Bang, lagi sweet lahh kalau kita having lunch together for tiap hari kat “Pelita Nasi Kandar” or sometimes “Mc Donald” kee.

Abang~ Janganlah rasa menyesal pulak kahwin dengan Fad. Yee. Fad tahu yang Fad ni tak secantik Siti Nurhaliza,tak seramping Erra Fazira dan tak secomel Nora Danish. tapi kan Bang, Fad akan cube melaram sebaik mungkin walau dengan bedak sejuk sekalipun demi Abang yang Fad sayang. (muntah hijau aihh!) Besar kan pengorbanan Fad untuk Abang?!

Abang, memandangkan ni surat pertama Fad untuk hari pernikahan kita berapa hari jee lagi Fad nak Abang tahu yang Fad teringin sangat honeymoon dengan Abang kat KOREA..Fad teringin sangat introduce Abang depan EXBOYFRIEND Fad dulu.Walaupun Jung Yong Hwa tuu pernah bertakhta dalam hati Fad dulu, Abang jangan lahh risau ok? Sebab Fad sayang kat Abang sorang jee. (muntah hijau lagi)

Abang..
Fad nak bagitahu siap-siap nii. If suatu hari nanti abang nak curang dalam perkahwinan kita nii, just let me know earlier. So,nanti Fad boleh hire Lawyer awal-awal untuk kes tuntut nafkah dan pasal anak, Abang jangan lah terhegeh-hegeh nak berebut dengan Fad sebab Fad akan mintak hak penjagaan penuh untuk anak-anak kita. Abang nanti jangan lupa bayar nafkah pulak! Fad tak larat nak naik turun mahkamah dan bergaduh semata-mata pasal nafkah anak. kalau Abang tak bagi nafkah takpe, tapi nanti di akhirat nanti tunggu jee lahh balasannye. Fad tak mintak banyak sangat punn. Kira-kira dalam RM5000 jee sebulan. Tapi kalau membebankan Abang dan Bakal ISTERI satu lagi tuu, kita boleh nego mane yang patut. Papehal nanti cerita kat mahkamah jee lahh yee.

Abang betul-betul sayangkan Fad kan? Kalau betul sayang, Abang BERHENTILAH MEROKOK. Fad dah penat pesan kat Abang tapi Abang degil sangat bagaikan ada batu besar punya kat dalam kepala. Fad tak nak nanti Anak kita sakit sebab asap rokok Abang tuu. Fad  tak kisah kalau Abang nak pergi dulu. Tapi please before tuu simpan harta banyak-banyak kat dalam ASNB untuk Fad dan anak-anak.

Abang sedia maklum yang Fad nii suke makan MCD dan JCO, kalau boleh rumah kita biarlah dekat dengan Shopping Complex sebab Fad taknak menyusahkan Abang if tengah-tengah malam Fad mengidam makan makanan segera. Baik kan Fad? Hehehehe

Last but not least, Fad nak cakap sekali lagi terima kasih sebab dah unlock kan hati Fad nii. *puii* Fad sememangnya bukannya wanita yang sempurna untuk Abang apatah lagi nak jadi isteri solehah (mengaku pun!) Tapi Fad akan cuba sebaik mungkin untuk sempurna di mata Abang. (hok a lohh! sweet lahh pulak..)

Bakal isterimu,
Fadlina Nasir

p/s : ”Email buat bakal suami” ni hanya rekaan reality semata-mata. Tidak ditujukan buat mana-mana lelaki yang terperasan pun. 


Pukul 3 Pagi ~..

"Pukul tiga pagi tidurlah intan

Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang.."



Ingat lagi tak lagu P.Ramlee yg tajuk "Pukul 3 pagi" tuu?. hahaha ;D

Entri pagi bute nii memang sangat pelik..Fad da semacam,


Burung hantu yang berjaga time malam dan seperti,
yang selalu mengile di waktu malam...

nii sume sebab nak menyiapkan,


tapi malng menimpa diri apabila, dia keluaq lagu ni..


tapi,tidak mengapa lahh..esok fad try buat lagi sampai buleh!.chaiyok!.ape yang penting sekarang adelah,


tidur sambil bermimpikan abang jung yong hwa saya ;P
jangan jeles nyehh..



Disebabkan nak jugak tulis entri tanpa memerlukan penaipan yang banyak,lalu fad letak byk gambar..kalau ada sebarang pertanyaan,bantuan untuk menyelesaikan masalah tdi,ataupun jealous akan fad mimpi tentang Jung Yong Hwa,boleh sertakan comment di bawah ni :P

*otak jadi giler sikit pepagi bute macam nii @.@" ayat pun jadi tunggang-lenggang..

-Curi Gambar- Saya Tak Salah!

Salam semua bloggers and blogwalking :)

Hah! Dari title kat atas tuu dah cukup mengejutkan semua pihak. Bagi yang sakit jantung tuu, bukan niat Fad untuk nak mengejutkan anda tapi saje jee. heee Just nak make it looks much interesting. 

Fad di sini dengan honestlynya nak bagitahu yang Fad dah mencuri gambar tanpa izin daripada adik Fad; Ilham. " Ilham, Kakak minta maaf yee. Nanti kakak kreaditkan entries ni kat Ilham :) " 

Gambar ni diculik oleh Fad sendiri apabila Fad mengodek-godek lappy beliau. Memang ni suatu perbuatan yang salah tapi, hehehe :) Sharing between siblings shows the caring. Kan..

Beliau sedang menyiapkan satu kerja kursus sejarah about keunikkan Penang. The way Ilham capture gambar ni boleh tahan cantik eventhough kalau zoom agak pecah laa. Tapi tak pernah ku tahu pulak adikku ni ade bakat photography yang tersimpan. =.=" hmmm..

Tapi yang Fad perasan ade banyak gila gambar feri yang dia capture =.=" maybe nak bagitahu ade bape banyak bilangan feri yang ade kat Penang kott. Maybe..





Walaupun dari gambar di atas menunjukkan banyak gila feri yang ada tapi, kesesakkan kereta, motor dan orang tetap tak berkurang jumlahnya. Aish! lepas ni rasanya kat Penang ke buat ferry yang double,triple besarnya. hahahaha

Haa.. Dari gambar ni pulak maybe Ilham nak mengatakan yang Penang ni ade persekitaran yang tenang,damai dan.. ntah! Penang memang best untuk holiday sebab dia pulau kan..Fad suka lepak kat tepi Pantai Gurney. Kat situ memang nyaman jee. 







Hah! Makanan femes kat Penang. NASI KANDAQ . Kekadang the main thing rakyat Malaysia datang Penang sebab nak rasa Nasi Kandar pure Penang mali punya. Memang tak dapat dinafikan lah Nasi Kandar kat Penang memang best! Kalau agak-agak korang datang Penang nak makan Tomyam,Ikan Bakar, atau Asam Pedas better pergi Melaka! Kalau datang Penang, makan Nasi Kandar lah toqq!

Depa menggunakan bahan mentah yang fresh dari ladang dan kebun untuk para pelanggan.
(Aik! Macam Fad pulak yang buat kerja kursus sejarah Ilham ni =.=")


Abang manis..Muka kasi handsome letak nasi laa. aiyoo..


Yang ni Fad tak tahu ape function Ilham tangkap gambar. =.=" senarai menu dan harga kat kedai ni kott. Berpatutan kann?


Yang mengejutkan Fad,Ilham pergi jumpa Toke Nasi Kandar Pelita terus! Siap salam bagai. Pewh! Cayalah Ilham!


Abang mamak belakang tuu pun nak enter frame. Ane! cer bagi peace sikit! hahahaha XD


Sekian sahajalah entries Fad untuk kali ni. Penang is one of Malaysia Interesting Place. Kita sebagai rakyat Malaysia should melancong dalam negara dulu then baru pergi luar negara bagai. Kalau melancong kat luar negara sampai dalam negara pun tak tahu mane interesting place, better korang takyah jadi orang Malaysia. (Eh! ter"emo" pulak. Maaf!)

Buat adikku Muhammad Ilham Bin Muhamad Nasir, sorry sebab kakak ambil gambar awak tanpa izin :) dan Selamat Maju Jaya untuk PMR tahun ini. Please do your best bro! Please! :)

Sekian,Terima Kasih.