»

Dah Bersediakah ?

Hai..and Assalamualaikum ..

Ok,kenapa entri Fad kali ni macam laen semacam jee..Haa..sebabnye tetibe Fad terdetik nak membangkitkan hal ni..Oleh itu, Fad pecahkan kepada 2 kategori ;  Lelaki dan Perempuan

Dah sediakah anda yang lelaki untuk berumah tangga suatu hari nanti? Pernah tak terdetik kat fikiran korang yang korang hujung nya nanti korang kena kahwin jugak akhirnya..korang kahwin dengan pilihan hati korang..melafazkan nikah kat depan tok kadi “Aku terima nikahnya dot..dot..dot.. binti dot.. dengan mas kahwin dot..dot..dot.. ringgit tunai..




Fad nak tnya korang ni (bagi yang lelaki);

1.       Korang dah ada cukup duit ke nak kahwin ni? (bukan Fad nak peril tapi tuu dah memang kenyataan..jadi sampai ade jadi kes pinjam kat ALONG semata-mata nak kahwin..tuu cari nahas namenye…)
2.       Korang dah sedia jadi ketua keluarga?
3.       Korang dah sedia menjaga seorang wanita iaitu isteri korang dgn nafkah zahir dan batin?
4.       Boleh ke korang sediakan nafkah yang mencukupi untuk anak-anak korang nanti?
5.       Dapatkah korang sediakan kesenangan untuk bakal isteri dan anak-anak korang nanti?
6.       Korang dah sedia nak menimang anak then azankan anak korang tuu kat belah kanan dan iqamat nye belah kiri?
7.       Korang dah sedia menanggung segala tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami yang mithali?
8.       Korang sanggupkah berkorban apa saja untuk family?
9.       Sediakah korang membimbing isteri korang?
10.   Boleh kah korang membahagikan masa dengan ibu korang nanti? (ingat, syurga di telapak kaki ibu taw..)
11.   Sediakah menjadi imam untuk anak-anak dan isteri?
12.   Dah sediakah untuk menjadi wali kepada anak perempuan korang nanti?
13.   Bagi yang merokok, korang dah sedia untuk berhenti merokok demi masa depan isteri dan anak-anak?.

Bagi yang perempuan pulak,saat kita dah menjadi isteri yang sah,kita wajib mendengar dan menurut kata si suami..Dah sediakah korang jadi milik suami mu sepenuhnya? Seperti yang selalu di ibaratkan,syurga bagi seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami..

Then,fad (sebagai yang perempuan) ni pun tertanya kat diri-sendiri :

1.       Sediakah aku menjadi milik dia?


2.       Sediakah aku menjadi isteri dan ibu yang solehah untuk anak-anak aku suatu hari nanti?
3.       Sediakah aku nak mengandung 9 bulan, dan bersalin? (Mak Fad selalu ckp ketika bersalin,nyawa kita bagaikan telur di hujung tanduk..bersediakah aku)
4.       Bersediakah aku menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri? (memasak,menjahit, mengemas rumah)
5.       Boleh ke aku menjaga anak-anak aku sebagaimana Ibu ku menjaga ku sekarang?

6.       Mampu kah aku mengajar anak-anak aku fardhu ain dan fardhu kifayah?
7.       Boleh ke aku menurut kata suami suatu hari nanti?
8.       Suamiku,boleh kah kau menjaga ku sebagaimana IbuBapa ku menjaga ku.
9.       Bersediakah aku memasak hidangan untuk anak-anak dan suami kun anti?
10.   Bagaimana aku nak membimbing anak-anak ku suatu hari hari nanti?
11.   Dah bersediakah aku berjaga sepanjang malam untuk menyusu dan menjaga anak aku nanti?
12.   Bersediakah aku menjaga anak-anak ku andai suamiku “pergi” dulu sebelum ku?

Yaa..memang dalam islam diwajibkan berkahwin awal andai dah sedia..ia bagi mengelakkan fitnah dan gejala-gejala maksiat..tapi ape yang fad cer sampaikan hanya lah,korang dah sedia ke belum nak berumah tangga?. Korang dah sedia dari segi fizikal dan mental ke?  Korang dan sedia dari segi zahir dan batin?

Fad memang xde hak langsung nak cakap kat korang pasal kahwin-kahwin nii sebab Fad pun x laluinye lagii..Fad just sampaikan ape yang menjadi tanda tanya dalam diri Fad ni..Sebab fad terfikir,adik-adik yang bawah Fad sekarang,kahwin awal sangat tapi,cube fikir tentang persediaan korang..

Korang dah sedia puluhan dulang hantaran,wang hantaran,mas kahwin,khemah,baju pengantin and also catering tapi ade tak tertanya kat diri sndiri?.persediaan diri sendri tuu macam mane? =.=” Fad cakap macam orang dah expert pulak kan..dont worry Fad x sedia lagi nak kawin..Kalau jodoh dah sampai,Fad mesti bagitahu korang punye J


2 comments:

  1. hmm...its hard to tell...but i sure do know...when the time is right...thanks to my other half...

    ReplyDelete
  2. welcome my dear :) it's my pleasure :))

    ReplyDelete