»

Emel buat bakal suamiku..


To:My future husband
Cc:
Subject: Special buat bakal suamiku
_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

Dear my loving future husband (yang sememangnya belum ade dalam list lagi),
Terima kasih sangat sebab dah merebus hati batu Fad ni into lembut..sungguh nya Abang lahh hero yang hebat diantara hero-hero Avengers yang ade. Fad sangat terharu :’)

Abang sure ke nak jadi suami Fad? Rumah dah ade? Kereta? Duit dalam simpanan banyak tak? (pewh meterialistik beno Fad nii) Fad tak mengharapkan rumah banglo tapi kalau tuu rezki kita,Fad ok jee. Fad tak mengharapkan Ferrari atau Lamborghini. Tapi kalau boleh Mini Cooper tuu pun jadi lahh.
Abang dah habis bayar MARA/PTPTN tak? Kalau Abang tak habis bayar lagi,kita cancelkan jee lah perkahwinan kita nii. Fad taknak nanti Abang dah meninggal, Fad pulak yang kena bayar hutang Abang tuu. And by the way, Abang betul ke sayang Fad ni? Kalau betul, Abang kena janji bayar semua hutang PTPTN Fad. Tuu lah baru tandanya sayang. Betul tak?

Abang..
Even muka Abang tak sehensem Jung Yong Hwa,badan tak se”tough” Kim Hyun Joong dan senyuman tak secomel Jang Geun Suk pun xpe. Asalkan cinta dan sayang abang kat Fad tuu ikhlas semacam Shah Jahan kepada Mumtaz nya, macam Romeo kepada Juliet nye. Itu dah pun better enough untuk Fad.

Abang..
Terima kasih sangatlahh sebab dah beri wang hantaran sebanyak  RM 25 ribu untuk perkahwinan kita hari tuu. Fad akan membazir sebaik yang mungkin demi Abang. Abang.. Abang tahu kan cinta Fad kat Abang tak boleh dibeli dengan wang ringgit sekalipun. Tapi Abang, bukan maksud Fad duit tuu tak penting, duit tuu penting sangat Abang. Nak bayar duit pelamin, catering, dan bunga telur. Haa! Nak honeymoon lagi.
Terima kasih jugak sebab Abang menerima Fad walaupun Fad ni tak pandai masak sekalipun.Ye, Fad tak sempurna Chef Wan dalam masakan, tapi Insya’Allah Fad akan cuba sebaik mungkin belajar memasak melalui YouTube atau Blog eventhough ilmu masakan yang ada dalam dada ni hanyalah menanak nasi, goreng telur dan menjerang air. Abang, janganlah risau tentang makanan kat rumah nanti sebab Fad berjanji kan akan selalu pastikan bawah tudung saji kat meja makan kita tuu ada lauk yang di sponsor oleh jiran sebelah atau mekdi/pizza/domino delivery. Tapi kan Bang, lagi sweet lahh kalau kita having lunch together for tiap hari kat “Pelita Nasi Kandar” or sometimes “Mc Donald” kee.

Abang~ Janganlah rasa menyesal pulak kahwin dengan Fad. Yee. Fad tahu yang Fad ni tak secantik Siti Nurhaliza,tak seramping Erra Fazira dan tak secomel Nora Danish. tapi kan Bang, Fad akan cube melaram sebaik mungkin walau dengan bedak sejuk sekalipun demi Abang yang Fad sayang. (muntah hijau aihh!) Besar kan pengorbanan Fad untuk Abang?!

Abang, memandangkan ni surat pertama Fad untuk hari pernikahan kita berapa hari jee lagi Fad nak Abang tahu yang Fad teringin sangat honeymoon dengan Abang kat KOREA..Fad teringin sangat introduce Abang depan EXBOYFRIEND Fad dulu.Walaupun Jung Yong Hwa tuu pernah bertakhta dalam hati Fad dulu, Abang jangan lahh risau ok? Sebab Fad sayang kat Abang sorang jee. (muntah hijau lagi)

Abang..
Fad nak bagitahu siap-siap nii. If suatu hari nanti abang nak curang dalam perkahwinan kita nii, just let me know earlier. So,nanti Fad boleh hire Lawyer awal-awal untuk kes tuntut nafkah dan pasal anak, Abang jangan lah terhegeh-hegeh nak berebut dengan Fad sebab Fad akan mintak hak penjagaan penuh untuk anak-anak kita. Abang nanti jangan lupa bayar nafkah pulak! Fad tak larat nak naik turun mahkamah dan bergaduh semata-mata pasal nafkah anak. kalau Abang tak bagi nafkah takpe, tapi nanti di akhirat nanti tunggu jee lahh balasannye. Fad tak mintak banyak sangat punn. Kira-kira dalam RM5000 jee sebulan. Tapi kalau membebankan Abang dan Bakal ISTERI satu lagi tuu, kita boleh nego mane yang patut. Papehal nanti cerita kat mahkamah jee lahh yee.

Abang betul-betul sayangkan Fad kan? Kalau betul sayang, Abang BERHENTILAH MEROKOK. Fad dah penat pesan kat Abang tapi Abang degil sangat bagaikan ada batu besar punya kat dalam kepala. Fad tak nak nanti Anak kita sakit sebab asap rokok Abang tuu. Fad  tak kisah kalau Abang nak pergi dulu. Tapi please before tuu simpan harta banyak-banyak kat dalam ASNB untuk Fad dan anak-anak.

Abang sedia maklum yang Fad nii suke makan MCD dan JCO, kalau boleh rumah kita biarlah dekat dengan Shopping Complex sebab Fad taknak menyusahkan Abang if tengah-tengah malam Fad mengidam makan makanan segera. Baik kan Fad? Hehehehe

Last but not least, Fad nak cakap sekali lagi terima kasih sebab dah unlock kan hati Fad nii. *puii* Fad sememangnya bukannya wanita yang sempurna untuk Abang apatah lagi nak jadi isteri solehah (mengaku pun!) Tapi Fad akan cuba sebaik mungkin untuk sempurna di mata Abang. (hok a lohh! sweet lahh pulak..)

Bakal isterimu,
Fadlina Nasir

p/s : ”Email buat bakal suami” ni hanya rekaan reality semata-mata. Tidak ditujukan buat mana-mana lelaki yang terperasan pun. 


20 comments:

  1. haha~! gatai r..hehe,sweet, untung spe dpt fad :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sweet kan2..malu lahh plak..

      Delete
  2. gila pny demand ko nihh fad !
    terbaekk aihhh ! hahahahhahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan demand lahh tapi dah memang hakikat kan..:P

      Delete
  3. haha terbeliak biji mata future hubby fad bca 1 day nih..:)

    ReplyDelete
  4. hahaha..byk btul.ayat ye puji2 dlu pastu bru mtk..gud2..cra terbaik nk memujuk utk suami..bek2 xnk bg blh bg mcmni bt ayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mestilah lahh kne puji dlu.. ni baru utk "bakal" suami nnt utk sang suami emel lain plak.. ;)

      Delete
  5. salam singgah...hahahhaa lawak la kenyataan adik nih... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..hehehe..time ni tgah giler2 laa.. ;D

      Delete
  6. salam ziarah..
    kui...kui... sakitnya perut sis tahan gelak pagi2 ini..
    alahai.. Fad, comelnya kamu..

    kalaulah bakal suami kamu mmg ada, dan tbaca... sure dia htr surat balasan ala2 mengiakan..
    ahaksss.... pitammmmmmmmm


    PS: thanks singgah blog sis ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..
      hehehe..malu lahh bile sis ckp mcm tuu..blushing fad ;)

      kalau bakal suami saya pitam..adeh,xjadi kawen nampak nyee..

      same sis ayu,thanks sggah blog fad :)

      Delete
  7. hahaha lawak

    terus bkl suami xmo kat fad

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jangan lahh ckap gitu..baru nak anta kad undangan lawen kat Iffah.. ;|

      Delete
  8. http://prettywrite.blogspot.com/2012/06/pemenang-bloglist-contest-prettywrite.html

    nt emel alamat eyh fad..

    ReplyDelete
  9. untung pasangan moden x payah susah2 tulis surat..tampal stem cukup beremel jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..penangan dunia makin maju~~..;)

      Delete
  10. Replies
    1. Kalau dpt anak dato' , boleh la.. hahahaha

      Delete