»

Tetap segar sepanjang Ramadhan Al-Mubarak


Tetap segar sepanjang Ramadhan (Majalah NUR July 2012 terbitan Karangkraf)

Disaat Fad tengah boring selak-selak majalah Nur dalam bilik,Fad “TER”jumpa lagi info yang menarik yang kite boleh gunekan bersama.Ye laa..dah nak menjelang bulan Ramadhan ni,semestinya yang gegadis ingin terus tampil segar sepanjang hari ketika di kuliah mahupun di tempat kerja < ayat baku pulak =.=”.Oleh disebabkan itu Fad pun memetik article dalam page 18 Edisi Bulan Ramadhan punye J

Agak-agak kalau Fad tanya korang pasal puasa ni,korang tahu tak ape kebaikkannye?
Hahaha..mesti teragak-agak skit nak jawab kan?. Diibaratkan kalau nak masak Maggie pun sempat :P

Ok,Fad terangkan ape jee kebaikan puasa ni..Berpuasa adalah salah satu terapi terbaik untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Dengan berpuasa ni,kita dapat memberi peluang kepada tubuh kita ni untuk berehat daripada proses pencernaan dan plus! mendetokskan radikal bebas yang dah bersarang tebuan melalui udara,minuman dan makanan yang kite ambil tiap-tiap hari tuu. Disebabkan tuu lah kalau kita nak tampil segar sepanjang hari, kite kena ;

1.       Tidur yang secukupnya
Disarankan sangat korang boleh peruntukkan tidur yang cukup untuk memulihkan kembali sel-sel otot dan juga organ tubuh supaya badan korang maintain segar.Tapi! jangan tidur banyak sangat pulak sbab nanti akan membuatkan badan kita lemah dan kulit jadi kering and plus!. tidur yang berlebihan boleh menyebabkan makhruh yee kawan-kawan J


2.       Membersihkan wajah
Dah penat melakukan aktiviti seharian,bersihkan lah wajah korang dengan pembersih muka,Clorox ataupun sabun Daia agar boleh mengembalikan m,uka korang kesegar dan sihat.Kalau rasa nak menyental wajah pun boleh :))  tapi lebih afdalnye kalau korang lakukannya secara rutin agar wajah tidak kusam and then pakailah pelembap dan pelindung matahari jika perlu agar wajah terlihat sihat dan berseri.


3.       Guna krim/losyen yang patut
Selain korang merawat tubuh,sebaiknya juga rawat dan lindungi kulit korang dari luar.Rajin-rajinkan lah sapu losyen agar kulit tak terlalu kering.Nak sapu losyen entire body pun boleh J sebab tuu losyen korang,bukan losyen Fad :P

4.       Minum air kosong banyak-banyak
Untuk mencegah korang daripada dehydrated ketika puasa,seeloknya time sahur tuu minum lah air suam banyak-banyak.Quota air masak yang selalu dinasihatkan untuk minum adelah dalam 6 – 8 gelas sehari. OMG! Fad pun x lepas nak minum air suam sebanyak tuu.Kalau air Milo ke,Neslo ke,Fresh Orange ke takpe lah jugak.

5.       Ambil buah dan vitamin
Last but not least,banyak-banyakkanlah pengambiah buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan E, sebab dua-dua vitamin ni diperlukan untuk mengisi kehilangan bendalir dalam tubuh sekaligus menjaga kelembapan kulit plus! member tenaga sepanjang hari.

So,Fad dah listkan kat atas tuu harap-harap korang praktikkan sepanjang Bulan Ramadhan ni.Dan! Selamat Berpuasa untuk korang semua! Jangan ponteng puasa tanpa sebab-musabab yang munasabah.Okeh,sekian saja untuk entri kali ni..

4 comments: