»

Kisah Cinta Pertama - Part 3



Sejak bersama dengan awak,saya suka benda2 yang sweet2 antaranya bintang kertas,saya beli kertas buat bintang tuu byk2 then saya simpan.Ade sekali tuu saya dah kemaruk sangat buat bintang,saya suruh awak beli kertas bintang tuu.

Saya: Awak,tlog belikan ketas bintang yang panjang2 tuuu untuk saya,please..
Awak: Nak cari kat mana kertas tu?
Saya: Cari lah kat kedai2 buku.Mesti ada punya.
Awak: Nak bape banyak?
Saya:Beli 3 roll boleh?

Pastu saya pun mula lah lipat ketas bintang tuu sorang2 dalam kelas.Kadang2 tuu awak ade jugak join sekali buat bintang tapi awak buat bintang tak cantik mane pun :P Punyalah banyak bintang yang saya buat sampai saya sendiri tak tahu nak buat ape.hahaha. >.<
Dan tibalah hari jadi saya.saya dah genap 18 tahun.awak belikan baju color hijau corak love besar.awak macam tahu-tahu jee saiz baju saya kan? Almaklumlah saya ni kecik jee.Saya dapat baju tuu,saya terus try pakai.Memang cantik!

Saya: Thanks awak! cantik sangat baju ni
Awak: Awak suka?
Saya: Suka sangat.Lagipun saya belum penah ada baju color hijau macam ni.

Kita kenal pun sebab sekelas.Kita memang same-same nakal time kat kelas.Nanti time awak boring, awak mesti nak men”jealous”kan saya dgn duduk rapat2 dgn kawan-kawan perempuan kat kelas.Lepas tuu saya akan buat benda yang sama untuk jealouskan awak balik.Saya lepak dgn kawan2 laki awak tuu and then saya main2 dgn dorang.Awak tahu kan saya ni memang macam lelaki,tapi janganlah risau yee.Hati saya kat awak jee.

Pejam celik,pejam celik kita celebrate puasa dan raya same2.Time puasa awak datang rumah saya,datang buat renovation.Cantik sangat awak! Terima Kasih kat awak and kawan-kawan awak sume sbb dtg renovate rumah saya bulan2 puasa.Dan time tuu jugak lah for the first time baru saya cakap saya sayang awak selapas hampir 5 bulan lebih kita couple.

Saya: Awak! Thanks so much! I LOVE YOU !
Awak: Aik? Ni dah kenapa? Gila ke?
Saya: Kenapa pulak? Salah ke?
Awak: X penah2 awak cakap I LOVE YOU kat saya sebelum ni.Awak ok tak?
Saya: Saya ok.Terima Kasih sebab renovate rumah saya :)  Sayang Awak
Awak: Sama2.awak rehat k? tadi pun awak penat jugak renovate rumah..

Time awak dan kawan2 awak datang rumah saya,parents saya takde kat rumah.Yang ade pun adik-adik saya jee.Saya tgok,adik-adik saya pun boleh masuk dgn awak walaupun baru for the firstime jumpe :)

Standard lahh mane-mane hubungan sekalipun,mesti ade gaduh kan? Tapi kita gaduh,tak kena dgn time.Kite gaduh besar time ade rumah terbuka kat rumah kawan kita hanya disbbkan satu gambar yang ade kat phone awak tuu.Saya terkejut sangat bila saya tengok gambar tuu.Tak sampai 15 minit lepas tuu saya terus nak balik sebab saya tak tahan lagi nak nangis + benci tengok muka awak tuu.Saya baru igt nak lepas semua kat tepi pantai tp belum ape2 lagi awak dan kejar saya dari belakang.

Awak: Nak pegi mana ni?
Saya: Saya nak balik lah.
Awak: Kenapa lalu sini? Kenapa tak lalu jalan depan jee?
Saya: Suka hati saya lah,awak pegi lah kat rumah tuu balik,nnt ape kang parents kawan kite tuu cakap.
Awak :Tunggu sini! Saya hantar awak balik.
Saya: Saya nak balik sendiri lah!
Awak: Tak ! Saya hantar awak balik!

First time awak marah kat saya.Time tuu saya dah menangis2 sebab gambar tuu.Ondaway awak hantar saya ke rumah,awak jelaskan ape yang berlaku.Time tuu saya memang langsung tak pandang muka awak.Saya jadi benci tengok muka awak.Walaupun tinggi mane pun marah saya kat awak,dan tinggi mane pun marah awak kat saye sebab buka phone awak tnpa pengetahuan awak,awak still hantar teman saya sampai habis nangis and hantar saya kat depan rumah.
Besok nye awak ajak saya keluar sebab nak jelaskan semua.Saya jadi tawar hati sangat nak tunaikan permintaan awak tuu.Tapi awak nak cerita kebenarannya,saya ikutkan jee laa.Sepanjang perjalanan saya banyak diam jee tanda protes.Awak bawa saya kat tempat yang same kita date waktu first time dlu tuu.

Awak: Awak still marah lagi kat saya ke?
Awak: Awak buka ape kat phone saya semalam?
Awak: Awak buka gambar-gambar ni ke?
Awak: Aii. Dah tak boleh cakap dah ke?
Saya: Haa,yang tuu..
Awak: Dia ni anak buah saya lah,dulu ni phone dia then dia cakap jangan buang ganbar2 tuu suma sebab dia nak ambil nnt.
Saya: Owh..
Awak: Awak tak percaya? Saya boleh bawa awak jumpa dia sekarang.Kawan saya pun tahu yang dia ni anak buah saya.
Saya: Owh..
Awak: Awak nak saya cakap macam untuk nak percayakan awak?
Saya: Cakap jee lah ape yang awak nak cakap.

Awak buat macam2 untuk membuktikan kesahihan gambar2 tuu sume.Saya hanya mampu melihat jee.Rasa hampa still merah membara lagi dalam hati nii.Bila difikirkan balik,macam budak2 jee ape yang dah berlaku semalam.So,saya sedaya upaya try melupakan even it hard to do so.

Sejak hari tuu,kita buat rutin macam biasa just like sebelum ni.Tapi kemesraan dah tak serapat macam dulu laa.Msg pun bila perlu jee tapi masih kerap.Saya sibuk dengan nak melanjutkan pelajaran and awak pula sibuk siapkan module-module yang tertangguh-tangguh sekian lamanya.Masing-masing dah bawa haluan sendiri lepas dah habis kelas kat GiatMara.

to be continued..

No comments:

Post a Comment