»

Kisah Cinta Pertama - Part 4 (Final)




Hari jadi awak tak lama lagi nak menjelang.Saya buntu nak cari hadiah ape untuk awak.Dekat seminggu saya tak tidur malam sebab nak cari hadiah untuk awak.Last2 say beli Jam Tangan untuk awak.

Saya: Nah,Hadiah hari jadi awak.
Awak: Ape ni?
Saya: Buka lah.Ni warranty card dia,awak simpan lah.

Sejak hari tuu awak hari-hari pakai jam yang saya bagi tuu.Sejuk hati saya memandang.saya harap dengan hadiah Jam Tangan saya bagi kat awak tuu,awak takkan lupakan saya setiap detik pun selagi jam tuu mampu berdetik J

Hari yang dilalui sungguh pantas.Saya tak lama lagi nak daftarkan dri kat IPT dan awak pulak nak interview keja.Sehari sebelum saya nak ke IPT,saya jumpa awak dulu.Awak macam biasa bawa saya kat tempat kita first date dulu J Kita bercerita dari petang sampai ke malam.Kushyuk sangat bercerita sampai lupa yang saya pada malam yang sama,saya nak gerak ke IPT.

Saya: Awak,betul ke taknak ikut ayah saya hantar saya kat IPT?
Awak: Xpe lah.Lagipun saya segan dengan ayah awak.
Saya: Tapi ayah saya drive sorang2 jee.Jauh kot dari sni ke IPT saya tuu.
Awak: Takpe lah awak.Awak pergi jee lah.Hati-hati ok?

Lepas jee saya balik jumpa awak,saya terus siap2 untuk perjalanan yang jauh.Jarak Penang ke Selangor bukan dekat,makan 5-6 jam jugak kekadang tuu.Sepanjang perjalanan,jasad dan hati saya bagaikan separate each other.Saya tak pernah rasa macam ni sebelum ni.Awak lah orang pertama yang pernah buat saya rasa macam ni.

Saya dah sampai dengan selamat nya kat IPT ni.IPT ni dimana saya nak kejar cita-cita saya.Saya nak tunaikan impian ayah saya.Itu jee yang penting. Dalam hidup saya,tiada apa dapat membahagiakan ibubapa saya selain kejayaan saya ni.Awak,terima kasih sebab selalu bagi semangat kat saya walaupun sekarang jauh di mata.

Saya semakin busy dengan aktiviti kat IPT saya dan awak pulak busy dengan keja awak.Saya sekarang tengah dalam minggu orentasi selama seminggu,kalau nak msg awak pun kena sorok2 sebab takut fecilitator tegur nanti.

Saya: Sorry lah jarang contact.Saya busy sikit dengan minggu orentasi ni.
Awak: Takpe, IPT awak macam mana? Best tak?
Saya: Best sgt! Tempat dia besar sangat!
Awak: Bagus lah awak suka.Tapi jangan sampai lupe saya pulak taw J
Saya: Saya takkan lupakan awak lah. Oklah,saya nak masuk dewan ni.Bye.

Kita makin lama makin busy dengan kehidupan ni sampai kadang-kadang tuu 2-3 hari tak msg.Awak sibuk dengan kerja awak dan saya pulak sibuk dengan kelas saya.Masing-masing ade komitmen masing-masing dan sampai satu hari tuu saya terdetik something kat hati ni.

Kita makin lama bagaikan makin berenggang.Saya tahu awak sayangkan saya tapi untuk percayakan awak macam dulu tuu macam susah jee.Kadang-kadang tuu saya msg awak,awak x balas.Saya call awak tak angkat.Saya rasa lain sangat tentang hubungan kita.Sampai satu hari tu saya hantar IM kat facebook awak.



Then,awak terus call saya tanya sebab apa.Saya pun terangkan lah apa yang saya rasa.

Saya: Saya rase lain lah dengan hubungan kita ni.Makin lama makin berenggang.Macam dah tak rapat macam dulu.Saya rase memang lain sangat.
Awak: Kan masing-masing busy,awak pun penah cakap yang tak nak msg sangat dah kan?
Saya: Memang lah saya pernah cakap macam tuu.Tapi saya tak pun ckap tak msg lansung sampai 2-3 hari.
Awak: Awak tak percayakn saya ke ape? Awak curiga dengan saya ke?

Saya jadi kelu lidah nak jawab soklan awak tuu.Saya tahu kisah cinta lama awak  tuu dan saya tak sama tapi kisah cinta lama awak tuu kadang-kadang jadi  mimpi ngeri kat saya.Dan sejak kita gaduh hari tu,mmg kepercayaan saya kat awak dah berkurangan.Walaupun hati saya disuruh tenang sebagaimanapun,tapi saya tetap tak boleh.Mungkin ini ujian dalam hubungan kita.

Curiga saya terhadap awak sememang sgt kuat dari hari ke hari.Kita seakan jauh each other.Tapi rasa sayang saya kat awak tak pernah sikit pun berkurangan.Ye,mungkin disebabkan awak cinta pertama saya kott.Saya pun mula stalk sikit pasal masa silam awak.Saya jumpe dgn kawan lama awak dan saya tanya suma pasal awak kat dia.Dia cerita kat saya semuanya.Luruh hati saya bila dengar tuu semua.Lalu,saya pun ambil keputusan untuk putuskan hubungan kita ni.

Macam selalu,awak tak jawab phone call saya and awak tak balas msg saya at all.Dan tuu dah buat saya makin tawar hati dgn awak.Satu hari tuu saya dah tak tahan dgn ape yang awak dah buat,saya pun call awak dengan public phone.Nasib baik awak angkat.

Saya: Awak.Kita putus nyeh.Saya dah tahu semuanya pasal awak and sekarang ni kita putus ok?

Saya cakap macam tuu then terus letak.Saya kalau boleh xnak dengar ape2 pun reaction awak.Saya xnak dengar pujuk rayu awak lagi.Saya betul2 dah jadi tawar hati kat awak selepas saya dapat tahu awak tipu saya.Awak tipu saya yang awak dulu single,sedangkan awak dah ade kekasih lain.Awak tipu saya yang awak xde teman wanita dulu.Awak dah tipu perasaan saya dan tuuu buat saya tak boleh terima.

Awak tahu tak berapa lama saya menangis sebab ni? Awak tahu tak yang saya menderita sangat? Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya disebabkan apa yang awak dah buat? Awak tahu tak berapa lama saya kena pulihkan hati saya ni? Awak tahu tak berapa banyak pelajaran yang saya dah tinggal hanya disebabkan ni? Yee,memang awak tak tahu sebab awak dah ada orang lain.Sebab kat hati awak tuu bukan saya,kat hati awak tu ade wanita lain.

Keesokkan harinya saya dapat satu msg dari awak.

Awak: Saya minta maaf atas ape yang dah berlaku.Tolong maafkan saya.

Awak ingat saya senang2 jee ke nak maafkan awak? Less then 1 month dah anniversary kita yang setahun tapi kenapa awak buat hal? Apa yang saya dah buat kat awak sampai awak buat kat saya macam ni? Memang saya takkan maafkan awak!

Minggu yang sama jugak saya pergi jumpa awak.Saya jumpa awak then bagi balik ape yang awak dah bagi kat saya and a card.Saya nak berdepan dgn awak pun dah tak sanggup lagi.Saya hanya baling beg yang ade baju hijau tuu dan card kat awak.Awak diam jee time tuu bagaikan mmg nampak macam awak yg salah.Awak just amik card tuu jee then bg balik baju tuu kat kawan saya.Saya terus pergi dari situ then nangis.Saya menangis lagi.Minggu tuu jee,saya dah menghabiskan masa saya dengan airmata jee.Seksanya hati saya ni hanya tuhan jee yang tahu.

Dalam card tuu saya tulis,

Awak,terima kasih sebab dah ajar saya macam mana nak sayang orang lain.Terima kasih sangat-sangat.
Awak sayang lah teman wanita awak tu betul-betul dan kalau boleh jangan sakitkan hati dia lagi.
                                                                                                                                                                                -Saya-

Its just a short msg that I can give to you.It’s the only thing that I could say that time.And again,time saya nak balik rumah,saya terus menangis lagi.Menangis menangis dan menangis.Tuu jee yang boleh mengubat hati saya time tuu.

Saya melalui hari saya dengan perit sangat.Semua memori kita yang dulu-dulu semua dah takde.Gambar awak dan saya,kawan saya dah delete,diari kisah saya dan awak saya dah buang,baju hijau yang awak bagi tuu saya dah bagi kat orang.Semuanya dah takde dah.Saya dah hilangkan benda2 tuu semua dari saya.
Sayang saya kat awak tak pernah pun kurang.Awak selalu ada kat hati saya ni.Tempat awak kat hati ni tak pernah pun berganjak sikit pun.Saya cuba lupakan awak meskipun sakit sangat.Kenangan bersama dengan awak sememangnya langsung tak pernah saya lupa.

Tak sampai sebulan lepas kita berpisah,saya tengok awak dah buat ”in relationship” status  kat dalam facebook dengan perempuan lain.Sekali saya nangis.Airmata ni berderai-derai turun bagaikan hujan lebat menimpa tanah.Memang betul yang awak ada teman wanita lain semasa kita bersama dulu.Saya tak sanggup semua gambar awak dengan dia then saya pun block awak dari fb.Saya buang segala connection antara awak dan saya.Saya dah taknak tahu pape lagi dah pasal awak meskipun sayang kat hati ni still ade.

Alhamdulillah,saya dapat lalui hari-hari saya dengan gembira dengan kawan-kawan sekolej.Saya menyibukkan diri dengan aktiviti2 yang ada semata-mata taknak teringat-ingatkan kat awak.Awak pun dah tak contact saya since last time kita jumpa.Saya pun tak contact awak walaupun kekadang tuu ade lah jugak teringin nak tanya kabar,tapi saya mempersetankan jee tuu semua.Malas nak fikir benda-benda yang tak datang faedah ni dah.

Awak,Awak dah ajar saya macam mana nak menyayangi orang lain dan pada masa yang sama awak pun dah ajar saya macam mna nak membenci orang.Awak orang pertama yang pernah saya benci dan saya takkan maafkan awak sampai bila-bila.Yee,benci saya kat awak memang menebal sangat2.

Awak juga dah buat saya taknak bercinta lagi.Saya bagaikan dah serik nak bercinta walaupun baru pertama kali mengharungi nya.Saya taknak hati saya disakiti lagi.Saya taknak menderita macam dulu lagi.Saya serik sangat-sangat.Saya dah penat nak menangis hanya disebabkan cinta.

3 Bulan mmg tempoh yang lama.Saya baru dapat ubati hati saya nii selama 3 bulan.Saya menderita hampir 3 bulan hanya disebabkan lelaki playboy macam awak.Saya rasa saya dah macam perempuan bodoh sebab kenal lelaki macam awak.Dan tempoh yang sama jugak saya jarang balik ke rumah halaman sebab saya taknak terserempak dgn awak.Saya taknak hati saya ni menderita lagi sebab awak.Awak,saya dah penat sangat menangis2 nii.

Saya ambil masa nak dekat setahun semata-mata nak maafkan perbuatan bodoh awak yang awak dah buat kat saya tu.Awak betul-betul dah treat me like a foolish little cute girl for those F**cking days.
Tapi..banyak mana saya benci kat awak,atau byk manea saya dah caci + maki kat awak, hati saya ni tetap untuk awak lagi.Macam saya dah cakap dulu,hati saya ni susah nak sayang orang lain dan bila saya dah sayang inilah padah yang saya dapat.Yaa! I’m was “gotcha” by you.

Hubungan kita jadi tersangat renggang dalam tempoh setahun tuu.Awak wish raya kat saya pun balas ala-ala kadar jee.

Awak:Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin
Saya: Selamat Hari Raya jugak.

Dalam msg saya,saya tak sambut pun maaf awak tuuu kan? Haa..memang time tuu saya tak maafkan awak lagi tapi masa yang berlalu dah buat saya sedar.Sedangkan nabi mampu maafkan umatnya ini sedangkan kita yang manusia.

Saya,kehidupan saya rasanya lebih ceria walaupun kekadang tuuu ada jugak slot kesepian dalam hati ini.Argh! persetankan tuu semua,bagi saya tuu dah tak penting dah.Saya tak mati pun kalau takde kekasih hati.Asalkan rakan-rakan saya akan selalu menemani saya J

Kepada awak,please read this! Terima kasih atas pemberian cinta short-term awak tuu.I’m really apprieciate it J And please be a good husband to your wife and a good father to your child in future.I’m as a girl yang telah disakitkan hati ni akan selalu ingatkan awak sebenarnya dan ketahuilah seperkara yang cinta saya terhadap awak takkan pernah kurang.

-The End-

4 comments:

  1. Huhuhul..adeh sedey pown ada...tp suka bab " thanks ajr sy utk syg org laen".....

    Psss....kat penang erk? Usm kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak! malu fad =.=

      haa..dekat2 jee..akak ade kat usm nyeh?

      Delete