»

Tips Memandu Selamat Di Lebuh Raya (Kembara Plus edisi November 2011)

 Assalamualaikum dah salam ramadhan..

Menjelang hari raya nii, semua dah tergopoh-gapah fikir pasal balik kampung.Termasuklah Fad jugak J .
Haa..mesti korang ka tluar sane majoritynya balik dengan kenderaan sendiri kan?! Padan Muka diucapkan sebab semestinya highway yang korang lalui akan sesak teruk.<Fad dah macam sumpah -seranah pulak.Jahat giler.>

Balik kampung balik jugak tapi aspek keselamatan jangan lah diabaikan.Selalunya perempuan ni takdelah arif mane pong tentang kenderaan tapi korang kena jugak menitik naktah beratkan tentang kenderaan korang untuk pulang ke kampung tuu.Macam-macam boleh jadi kat highway nanti so,tak salah kan kalau nak sediakan payung before hujan and guruh then hujan lebat berserta ribut <melalut sudah :)

Ok! Antara tips-tips yang boleh membantu perjalanan korang di menjelang Syawal nanti ialah:

1.Sebelum Memulakan Perjalanan

  • ·         Rancang perjalanan anda
  • ·         Dapatkan rehat yang secukupnya
  • ·         Elakkan mengambil minuman atau ubatan yang boleh mendatangkan eksan mabuk atau mengantuk
  • ·         Hindarkan perasaan negative seperti marah, kecewa dan teragakk-agak sebelum memandu
  • ·         Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalan jauh
  • ·         Simpan alat bantuan kecemasan di dalam kenderaan
  • ·         Pastikan tayar gentian mempunyai angin yang mencukupi
  • ·         Servis kenderaan anda tepat pada masanya

2.Memulakan Perjalanan

  • ·         Bertolak awal untuk perjalanan yang jauh
  • ·         Pakai tali pinggang keledar

3.Menghampiri Plaza Tol


  • ·         Perlahankan kenderaan anda
  • ·         Pandu ke lorong yang sesuai
  • ·         Jangan memotong barisan
  • ·         Jangan masuk lorong elektronik jika anda bukan pelanggan kad PLUSMiles. Touch ‘n  Go atau SmartTAG

4.Memasuki Lebuh Raya


  • ·         Pastikan kenderaan anda tidak terus ke lorong memotong apabila memasuki laluan utama dari jalan susur keluar

5.Memandu di Lebuh Raya



  • ·         Jangan memandu secara berbahaya
  • ·         Pandu di lorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong
  • ·         Bersopan ketika memandu


nii contoh yang tidak sopan :P

  • ·         Pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan
  • ·         Beri sepenuh tumpuan ketika memandu

Tapi jangan lah tumpuan tuu ke tahap full tank sgt.Kang ade gegurl tahan korang kat tepi jalan pun korang tak nampak.Tolong-Menolong amalan rakyat Malaysia :)


  • ·         Pastikan kenderaan anda berada pada jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan
  • ·         Jangan makan, minum atau menggunakan teletfon bimbit ketika memandu
  • ·         Jangan membuat pusingan-U di lebuh raya
  • ·         Jangan berhenti di lorong kecemasan
  • ·         Elakkan perbualan yang boleh mengganggu konsentrasi amda ketika memandu
  • ·         Jangan memandu lebih daripada 2 jam tanpa henti.

6.Memandu Ketika Hujan

  • ·         Kurangkan kelajuan kenderaan untuk mengurangkan kesan ‘hydroplane’
  • ·         Beri tumpuan yang lebih
  • ·         Pastikan kenderaan bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80km/j
  • ·         Nyalakan lampu utama kenderaan,bukan lampu isyarat kecemasan
  • ·         Pastikan kenderaan anda berada 100 meter atau 4 saat dari kenderaan hadapan
  • ·         Jangan berhenti di lorong kecemasan

7.Kemalangan di Lebuh Raya

  • ·         Alihkan kenderaan anda supaya ia tidak mengganggu perjalanan lalulintas kecuali kemalangan yang teruk atau kemalangan yang menyebabkan kematian
  • ·         Beri bantuan segera kepada mangsa kemalangan
  • ·         Letakkan penanda seperti kain merah atau kon untuk memberi amaran kepada pemandu lain
  • ·         Minta bantuan polis, bomba atau pasukan bantuan kecemasan yang lain

8.Keluar dari Lebuh raya

  • ·         Pandu di lorong paling kiri
  • ·         Nyalakan lampu isyarat sebelum memasuki persimpangan yang dikehendaki
  • ·         Awasi sebarang kenderaan yang mungkin memasuki persimpangan tersebut secara tiba-tiba
  • ·         Jangan menukar lorong pada saat-saat akhir
  • ·         Bersabar ketika beratur

Sekian saja lah tips-tips yang Fad boleh kongsi bersama.

Sekian,dari Fadlina Nasir yang di"copy" dari Majalan Kembara Plus edisi 2011.
<hamek hang! majalah dan berkurun punya Fad amek lalalala..>







2 comments: