»

Emel buat bakal anakku ..

Assalamualaikum dan every good day :)

Jika sebelum ni Fad buat "Emel buat bakal suamiku.." Kali ni Fad nak buat satu lagi entri yang menarik iaitu "Emel buat bakal anakku.." pulak :)


To: My future child
Cc: My future husband 
Subject: Special buat bakal anakku.
____________________________________________________________________

Assalamualaikum Anakku,

Intan payung Mama sihat? Mama kat sini selalu mendoakan Adik sihat selalu. Kadang-kadang Mama rase macam baru jee Mama kahwin dengan Papa dan sometimes tuu  Mama rase baru semalam Mama mengandungkan Adik selama 9 bulan.

Anakku Sayang, kelahiran Adik dalam kehidupan Mama dan Papa sangat bermakna sayang.Papa,Atuk dan Nenek gembira sangat bila dapat tahu yang Mama tengah mengandungkan Adik masa tuu.Mama terpaksa pindah ke rumah Nenek dan Atuk sebab nak jaga Mama punya pasal.Kesian kat Papa yang kadang-kadang tuu kena ulang-alik jauh sebab nak selalu dengan Mama.Kadang-kadang tuu sampai tak tidur malam sebab nak jaga Mama yang sering mual-mual ni.Almaklum lahh Adik kan anak first Mama,tuu yang semua baru first time.Nasib baik Papa tak mengeluh kepenatan masa jaga Mama time tuu.

Tak sampai 5 bulan Mama mengandungkan Adik,Papa dah siapkan satu bilik khas untuk Adik.Cantik betul bilik tuu nakk.Mama pun terkejut bila Mama tengok design yang Papa buat tuu.Cantik sangat! Time tuu Papa cakap kat Mama : "Bilik ni khas untuk anak kite.Semoga nanti dia dah lahir,dia selesa duduk kat bilik yang Papa buat ni ".Masa Papa cakap kat Mama mcam tuu,Mama jadi terharu sangat dengan pergorbanan Papa.

                          

Nakk,bersyukur ke hadrat ilahi sebab Mama dah  selamat bersalinkan Adik secara normal.Papa sentiasa di sisi Mama sepanjang 9 bulan mengandungkan Adik.Betapa besarnya kasih sayang Papa terhadap Mama dan Adik kan? Sebab tuu lah Adik jangan pernah melawan cakap Papa.Kesian Papa penat cari duit untuk nak besarkan Adik. 

Adik, kelahiran Adik kat dunia ni sememang nye ditunggu-tunggu oleh Papa dan Mama.Sampai Papa dan Mama berebut nak namakan Adik. Last-last nenek yang bagi nama untuk adik. Kesian Papa dengan Mama kan?

Adik..
Mama nak pesan ni, lepas ni Adik belajar rajin-rajin ye. Kesian Papa dengan Mama kerja pagi petang untuk Adik.Adik jangan hancurkan perasan Mama taw.



Adik..
Adik tahu tak kenapa Adik waktu kecik comel sangat? Dulu waktu Mama belajar dulu Mama minat sangat dengan Mason Moon sampai terbawa-bawa hingga dah kahwin dengan Papa. Papa selalu marah Mama sebab tengok gambar Mason Moon sepanjang hari sampai kekadang tuu tak masak untuk lauk tengahari.Kesian kat Papa kan Dik?

Adik..
Mama tahu kekadang tuu Papa ade rotan Adik,Mama ade marah Adik tapi tuu bukan bermakna kami tak sayang Adik.Tapi kami nak Adik belajar dari kesilapan yang Adik dah buat. Adik janganlah cakap Mama tak sayangkan Adik T.T menangis Mama dengar macam ni.

Adik..
Takde ape lagi yang Mama sanggup berikan untuk Adik melainkan doa dari Mama semoga Adik sentiasa berjaya dalam kehidupan.Mama akan selalu mendorong Adik even dari belakang sekali pun.



Adik..
Ingat satu pesan Mama. Adik jangan tinggal solat yee! Solat tuu tiang agama Dik. Dari solat jugak lah boleh melindungi adik. Mama kat sini hanya boleh berharap atas ketentuan Esa jee sayang.

Anak Mama sayang, Berbaktilah untuk keluarga mu nakk. Jangan pernah sekali-kali buat benda-benda salah dari segi undang-undang ataupun agama. Mama berharap sangat nanti Adik jadi anak yang soleh solehah :)

Sayang, Mama akan selalu mendoakan kebahagiaanmu dunia akhirat. Aminn.

Bakal Ibumu,
Fadlina Nasir


Untuk renungan bersama:

" Dan apabila mata IBUmu sudah tertutup, 
maka hilanglah satu keberkatan di sisi ALLAH,
  Iaitu, DOA SEORANG IBU.."



  


6 comments:

  1. Sweetnye....moga bila "adik" lahir....dia akan menjadi seperti apa yg mamanya harapkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..Alahai kak! malu sekejap. *_*

      Delete
  2. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat box pakjoe tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik pakjoe :)
      kalau ada kelapangan fad singgah ye :)

      Delete
  3. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete