»

Pengalaman Mendaki Gunung Bujang Melaka Bersama Peserta IKM Lumut,Perak.


Assalamualaikum dan selamat pagipetangmalam semua.

Entri kali ni agak interesting jugak lahh. Agak lahh. < actually semua entries fad memey interesting pun! Ahakkz!.>

Fad almost 2 years jugak lahh tak hiking, and ni tak betul-betul pecah rekod untuk diri sendiri sebab dah hiking tempat yang sangat tinggi! Ha! Sebenarnya pendakian ni tidak dirancang pun. Just join and have fun. Hee J but honestly memang fun sangat eventhough penat yang teramat! Yee lahh. Lately Fad punya stamina badan semakin berkurangan and since that Fad kena exercise up badan ni balik.

Rasanya sejak sambung belajar kat IPT ni, stamina memey berkurangan sebab just makan, tido, study. Itu dah jadi benda lazim as a student. Memang semua orang akan lalui benda yang sama. Its depends kat person tuu sama da betul-betul nak jaga bdan dia or not.

Tapi, sebaik-baiknya, kita yang still muda ni kena dan haruslah menjaga kesihatan diri. Tuu sangat penting! Sebab nowadays ni, remaja memang exposed kepada benda yang tidak sihat / aktiviti yang tidak sihat. J so, why don’t you guys try buaat aktiviti sihat pulak kan?

Haa! Tujuan entri Fad kali ni bukan nak bagi celoteh panjang or ceramah free kat hangpa. Tapi just nak cerita my experience hiking here. Bagi yang minat berhiking, korang should try be here even once. Cukuplah once Fad dah pergi.

Lokasi Gunung Bujang Melaka ni adalah kat Tapah Perak, mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,048 kaki). Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun di Camp Lebah. So, kalau yang bawak laju-laju tuu, kejap jee dah sampai kat tempat kejadian ni.

At the first time Fad menjejakkan kaki kat sini. Aisey! Di punya atmosphere tuu memang lain gila! Sangat-sangat segar dengan pokok-pokok sekeliling then ada certain rumah orang asli. Memang bertauh gila be in here sebab dapat melihat keindahan alam yang masih belum tercemar.

Fad sampai tak silap dalam 2-3 pagi time ni dah sampai jee, dah mengigil sangat-sangat. Ape taknye, first base camp tuu betul-betul lah sebelah sungai. Alahai! Memang mengigil Fad dibuatnye.

Fad macam biasa jadi akak feci gitu! Hehehe. And kali ni jadi facilitator for Ahli-Ahli Pengakap IKM Lumut, Perak. Sebelum ni jadi akak feci untuk budak-budak sekolah jee but this time interesting sikit. Hee ^^
We start our hiking around 11 a.m time tuu. Tuu semua after dah breakfast packing barang bagai. Ha! Untuk makluman korang, ni jugak first time Fad hiking siap bawak hiking bag sekali. Hah! Hamek kau Kiah! Beg tuu siap sumbat semua baju, barang kelengkapan diri, makanan, air, dan khemah. Memang beg bawak Fad! Bukan Fad bawak beg. Hahahaha XD


En. Kamaruddin bagi briefing dulu.



Yang bestnya kiteorang siap bawak brang masakkan, periuk, kuali, belanga bagai! Tuu tak termasuk lagi bwak telur mentah, sayur, cute capur untuk camping tuu.Hahahaha cayalah Kiah! Nii memang first time Fad lalui.

Kepenatan yang dilalui ketika hiking tuu hanya Tuhan jee yang tahu. Aisey, dengan bawak beg berat lagi. Pastu tambah dengan stamina badan dah semakin lapuk dek hujan lagi memang tuu dah buat this hiking experience became really tough-interesting to me.Tapi! time ni tak patah semangat laagi. Sebab dah aim nak sampai atas. Tuu je yang bermain kat kepala Fad time tengah hiking.





Duration nak sampai ke atas tuu it takes 3 – 4 hours ++ untuk sampai ke second base camp iaitu dekat separa puncak gunung. Macam biasalah, suasana hutan yang dah sedia maklum memang dipenuhi dengan pokok-pokok jee kat sekeliling. <Aish! Takkan lah jumpa i-city pulak kan? :P > even sekelilingnya hanya tumbuhan hujan yang sama colour jee semua tapi, kecantikkan setiap pokok yang ade tuu berbeza yee sangat berbeza! Kenapa Fad cakap macam tu? Haa! Sebab Fad dulu AJK Kelab Pencinta Alam kat sekolah. Hehehehe tapi seriously kalau kita tak jaga alam sekitar, there will no one akan jagakan. J


Sampai kat kaki gunung, kitorang dirikan khemah kat situ, at the same time ade group abang-abang handsome yang turut join kami mendaki sekali. Badan dorang ketak-ketak lagi tuu. Heee. <sempat lagi! Padahal time tuu tengah perang dengan sakit kaki> Memang setibanya kat kaki gunung tuu Fad dah sakit kaki tahap gila lah! Memang hanya Tuhan jee tahu betapa sakitnya kaki time tuu sampai nak tidur malam tu pun takleh. Ha! Tuu lah padahnya tak meng”stamina”kan diri setelah sekian lama. Ade satu part tuu Fad dah down sangat < kki dah sakit sangat> and time tuu Fad nangis. < the usual thing that I will do when I get down.> tapi bila difikir-fikirkan balik, it first time I doing it and I have prove it yang Fad boleh sampai atas. Hah! Kome boleh ke? Takleh kann? Hee.



This experience memang betul-betul memotivatekan diri sendiri sebenarnya. Thanks to Rizal, Joe and Nisa sebab selalu cakap kat Fad, “ Sikit lagi nak sampai atas! “ padahal hakikatnya jauh lagi nak sampai atas.

Dorang maybe taknak Fad cepat putus asa kott. Sebab kalau nak putus asa kat tengah-tengah hutan pun didn’t make any sense at all there will be no helicopter nak datang tetibe bawak korang turun. Tapi dari segi logic jugaklah kan kalau nak turun balik pun tak guna, sebab there’s no one kat bawah. Nak tak nak kena sampai atas dan Fad dah buktikan Fad dah boleh sampai atas dan itu sangat DAEBAK! <awesome!>

Segala yang masak pada hari kejadian sudah tentu bukan Fad :) 
Thanks to Rizal untuk masakkan yang sedap-sedap belaka.



This the first experience that Fad memang takkan lupakan! J basuh pinggan tanpa guna sabun. At first memang terpinga-pinga sensorang macam mana lah nak basuh pinggan yang dah berminyak ni semua tanpa guna sabun, last2 tahu tak Fad basuh guna ape? Haa! Ni nak habaq mai ni! Fad basuh guna pasir sungai. Macam zaman dulu-dulu kan? Tapi hasilnya, tadaaa!


And time kiteorang nak turun dari gunung ni, rintangan yang dilalui tak terhenti takat tuu jee. Time nak turun dari gunung tuu *hiking down* boleh pulak hujan membasahi bumi. Tambah dengan kaki time tuu dah main twist-twist around pulak tuu. Memang mencabar sangat sebab kaki Fad memang totally out of control, sikit-sikit nak jatuh and unbalanced even tengah berdiri sekalipun. Tambah dengan tanah-tanah yang basahi yang dilalui, memang sangat mencabar sebenarnya.

Dan akhirnya!  Fad dan yang lain-lain selamat naik dan turun dari gunung tersebut tanpa ade sebarang injured, pendarahan, kemalangan. Alhamdulillah, ekspidisi kali ni BERJAYA! Yeay!

Dan Fad taknak patah semangat macam tuu je, pasni Fad nak join ekspidisi yang lain pulak! Tapi buat masa terdekat ni tak kott, sebab Fad dalam tempoh staminakan diri Fad ni balik. Maybe next year? Or maybe ade lagi ekspidisi next month? Ha! Just wait and see. Papehal, Fad akan update kat sini ok? Bye! See you on the next entries J




P/S : Thanks to En. Wazer, En. Kamaruddin dan Encik-Encik yang lain <lupa nama tapi ingat muka> atas pengalaman yang diberikan. For those student Ahli Pengakap SEM2 especially (IKM Lumut,Perak) you guys rocks lah! Hahahaha. Kepada Rizal dan Joe, terima kasih sebab let me and Nisa be part of the team J pasni please invite kami lagi.

Sekian, arigaato kosaimas.

Sumber : The life journey Kembara Kehidupan.

4 comments:

  1. Good one.. More activities in the future.. But surely extremely hiking... Hohoho xoxo.. : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. thanks bro. i will! surely wanna join next time.

      Delete
  2. As salam.sy ahli pengakap ikm lumut thn 2000/01.pengalaman yg awak lalui sy gj penah lalui.grop kami yg telah mengaktif semula pengakap ikml masa tu stelah lame tidak aktif.atas bimbingan e.wazir.klu awak masih study d ikml lg kim salam dgn e.wazir n geng.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Saya bukan ahli ikm lumut pun. Just join program dorang secara tak langsung. Insya'Allah nnt kalau ade join hiking dgn En. Wazir saya smpaikan. bytheway. Name?

      Delete