»

Easy Steps to Improve Your English

Tuu dia!! Title entri yang sangat tak boleh blahh kan? Hehehe. Aha! Why Fad buat entri yang agak pelik kali ni? Actually tak pelik pun. Just berbeza dari biasa gitu! Ewaah!!

Fad ni takdelah pandai sangat in English tapi takat tahu basic-basic past tense, present tense tuu boleh laa. Semakin lama, penggunaan English ni makin berleluasa sana-sini. Teknologi-teknologi  yang nowadays yang ade kat pasaran semua most of it are in English Language *dan-dan nak speaking pulak aihh! (=.=)” * Dari IPhone5 lah, Samsung S3 lah, Blackberry lah, mesti kita pronounce as “IPhone five” , “ S three”  kan? Ade ke yang pronounce “IPhone Lima” ?, “S Tiga”? ,  “Beri Hitam”?   Ade ke?  Hey! Kalau ade orang pronounce in Malay macam tuu, meh Fad nak ngorat.. hahahaha! Even mak-mak ayah-ayah kita pun sekarang ni pronounce all the benda alah tuu in English as well.

Tujuan Fad pot..pet..pot..pet.. panjang lebar kat Entri ni bukan sebab nak jual phone-phone yang macam tersenarai di atas, tapi nak habaq kat hampa semua yang English ni importance in daily life even kita just guna 10% of it dalam percakapan seharian kita.

Ade segelintir orang malu nak try speak in English sebab takut salah, tapi selagi kita tak try, kita even don’t know mane satu salah pronounce/spelling/ way to talk at all. It’s okay kalau kita salah as long kita dah try nak cakap English daripada tak try langsung bak kta Karam Sing Walia “ Bagai Katak di Bawah Tempurung. *peribahasa ni ade related ke eh? Ok, abaikan*.

Hah!! Dah panjang beta menaip dan panjang jugak korang dah baca untuk Introduction entri kali ni. Padahal isi-isi penting tak masukkan lagi. Aisey! Ape pun tak boleh.

1st step: Just use simple English words to talk.

Haa. Maksud simple yang Fad nak cuba titahkan adalah, korang kalau nak cakap ngan member-member to takyah avoide dari guna perkataan English yang berat. Sebab dalam percakapan korang just use simple English jee. Kalau rojak lagi bagus! Hee. Rojak Buah kee.. Pasembur kee.. pun boleh jugak. Alaa.. tak kisah lah korang cakap rojak sekalipun tapi dengan cara tuu korang pun boleh belajar English slowly. Fad teringat dulu time darjah 6 kalau tak silap, Cikgu Shamsiah namanya. Beliau cakap kan “Korang kalau taktahu nak cakap fully English, cakap rojak pun takpe. Kalau salah pun langgar jee sebab dari kesilapan kita dapat perbaiki English kita dan ape-ape pun kena berani untuk try.” Beliau cakap lebih kurang gitu lah tapi takdelah 100% perfect macam tuu.. Alaa.. remaja kan suka mencuba. So, just give a try jee lah. J

2nd step: Dengar English songs then write it.

Benda alah macam gini Fad selalu buat time tengah-tengah boring. Korang kalau dengar satu lagu tuuu almost 100 kali mesti korang nak tahu full lirik dia kan? Or at least mesti korang nak hafal gila-gila lagu tuu. Betul tak? Haa.. kalau dari sini korang boleh dengar lagu tuu sambil tulis lirik at the same time korang dapat improve listening and writing skill. Kalau ade certain perkataan tuu macam lain macam jee spelling dia, korang boleh refer kat dictionary dah sebagainya. Memang keja budak gila tapi it’s really working! *to me lahh* Tapi tak semua lagu yang lirik dia too positive side lahh. Lagu English sekarang mesti ade FUC*ING laa..SH*T laa..BI*CH laa.. alaa standard laa. Name pun omputeh yang nyanyi, mane lah nak ada arah ke positif side. Semua nak membingkatkan ketinggian tanduk setan jee tuu semua. Astgha’firullah’alazim..
Tapi kalau dengar lagu Maher Zain takpe. Lagu-lagu Maher Zain tuu diar banyak guna simple English sentences dan lagu dia kita senang faham ape maksudnya sebab berunsurkan keagamaan dan nilai-nilai murni.



3rd step: Subtitled English

Haa.. Kalau tengah tengok movie ke, tengah layan korea ke. Why don’t korang tukar atau maek subtitled English jee. Kalau tengok cerita melayu pun pakai lah subtitled English kat bawah tuu. Subtitled tuu takkan tutupnye muka hero/heroin yang korang minat tuu. Kekadang tuu ade terkeluar satu English sentences yang kita tak familiar, so ape lagi. Tekan “Pause” kejap then amek perkataan korang tak suka tuu cari kat kamus kejap. Zaman dah canggih sekarang ni. Korang install jee Dictionary phone apps untuk handset korang. Takde susah-susah dah. Lagi Advance tahap gaban kalau korang ade kamus “BESTA”. Nak translate those word into Dutch,France,Mandarin semua boleh. Memang dashyat sungguh teknologi zaman lani.

4th step:Karaoke lagu English

Hahahaha! Bagi yang gila karok macam Fad as example, korang cuba sometimes tuu karaoke lagu English pulak. Haa. Try something new. Takkan nak layan lagu jiwang memanjang? Takde life gitu. Kalau nak karok lagu English disarankan jangan ambil lagu yang ade rapping-rapping bagai unless kalau korang dah terer English tahap gaban or dah hafal 100% lirik lagu tuu. Kang semput rapping ”omputeh” kang Fad pulak yang disalahkan. Tahap bagi nak belajar slowly, korang karok lah lagu slow-slow dulu. Lagu Be Mine by Tasha Manshahar tuu kee. Kantoi by Zee Avi kee. Even lagu ni rojak tapi itulah salah satu step korang boleh start merojakkan BM-English dalam percakapan seharian.

5th step: Don’t shy speaks dengan kawan


 Woii!! Bedal jee rojak tak rojak janji kita dah try. Tapi kalau bagi yang masih bersekolah tuu DISARANKAN jangan buat rojak punya words time exam. Nanti result absolutely FAILED!! Bagi yang masih bersekolah, it’s a chance korang cakap dengan classmate Chinese and Indian yang lain sebab majority of them use English language as second language kat rumah. Kita yang Melayu ni? 24 jam termasuk nak cakap time mengigau malam-malam buta still cakap Melayu. Lain lah kalau yang ade mengigau malam-malam tuuu cakap Japanese atau Koreanese tetiba. *tuu dah ke alam lain dah tuu*

 Fad memang tak suka English dulu, tapi disebabkan belajar benda yang sama tiap-tiap tahun dia jadi semakin bosan, bosan, dan sangat superbly bosan. Bayangkanlah tiap-tiap tahun kat sekolah untuk matapelajaran English kita akan belajar Past Tense, Present Tense, Present Past Tense dan lain Tense-Tense sampai nak TENSION Mak Jemah dibuatnye. Sebab tuu lah boleh laa sikit-sikit asal cukup=cukup makan jee boleh laa.


Fad pun nak pesan kat sini yang paal produk “LINGUAPHONE” yang nowadays agak femes jugak kat pasaran. Maybe some of korang tahu anda ade yang tak tahu. Tapi kalau korang pakai this Linguaphone betul-betul dan selalu praktikkan tak jadi masalah. Tapi bagi Fad kan, korang tak beli pun takpe sebab korang boleh belajar English ni sendiri. Kita semua dah exposed into this English language Cuma nak polish sikit-sikit jee. Ingat! Nanti kita ditanya bukan in English tapi dalam Bahasa Arab. J

Kita kena tahu English walaupun kita terror sangat Bahasa Melayu kita tak boleh lupa Bahasa Arab. BEtul tak?

Actually Fad not good in English either Malay as well. Ape yang taip ni main bedal jee. Fad drive through je.. there’s no kona-kona sana-sini. So, try one of these steps then praktik kan. Maybe ade step yang lain boleh share along. Amat dialu-alukan J Sekian sahaja entri gila panjang lebar ni.

See Again Yah!

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete