»

Kisah kuno Facebook.


Entri yang sangat kelakar. Dulu takde benda lain yang sehebat fesbuk. Kalau boleh, menghadap facebook a whole day pun tak kisah. Hahaha. Tengah Fad belek-belek album dalam lappy ni, Fad terjumpa kisah-kisah fesbuk yang kuno dulu. Adoi! Sweet ade, tertipu ade, marah pun ade, gaduh pun ade. Kelakar lahh pulak tengok balik. Nak tahu ape kisah nya? Haa meh.. meh.. meh.. jemah nak habaq mai.

Kisah Pertama : Terlalu taksub, dan terkenalah padahnya. T.T

Time ni Fad memang taksub gila-gila babun dengan drama korea. Time tuu tengah era Fad layan drama “Playfull Kiss” lakonan Kim Hyun Joong tuu lahh. Punyalah fanatic gila babi sampai add semua yang letak nama “Kim Hyun Joong” kat dalam fesbuk ni. Alahai! Sekali tuu si mamat korea yang Fad tergila-gilakan ni pun approve kat fesbuk ni. Ape lagi, hati menjerit kerianganlah! *macam kat dalam hati ade mulut jee* Pastu, startlah conversation ala-ala omputeh gitu dengan KHJ ni *macam tertera gambar diatas laa*

Last-last.. TIPAH TERTIPU kiah oii! Aisey.. punya bajet tengah chat dengan real KHJ last-last bukan. Patah Seribu Hati Fad. *Patah seribu hatikuuuuu, Bila mengenangkannn, Ohhhhhhh… </3* Terus Fad tak jadi nak mengayat beliau.


Kisah kedua : Being sweet dengan salah-sorang blogger superb!


Beliau adalah sorang blogger kalau tak salah Fad. Fad pun tak bape tahu sangat pasal beliau ni tapi dia kira dalam list orang femes dan hot semalaya jugak lahh.

Paling best, time ni zaman fesbuk kuno ni, beliau sangat aktif post-post benda-benda terkini termasuk ayat-ayat jiwang yang boleh digunapakai untuk mengorat aweks-aweks. Dalam satu jam tuu ade lah sampai 50++ benda yang beliau post. *iye iye jee 50++ per hour =.=” Actually, Fad tak pernah kira punggg*

Pada waktu kejadian kisah ini, beliau tengah mengoyan mengepost ayat-ayat jiwang besi alkali *means tak karat lahh. Besi alkali? Ehhh *  Dan Fad pun layan ngoyan beliau dengan mengatakan benda seperti tertera tuu. Sweet kan kan kan? *ramai orang like tau*


Kisah Tiga: Gaduh dengan classmate.


Alkisah.. *taib* Alkisah maka tersebutlah kisah.. *taib* sang unta datang beramai-ramai menghadap diri ke Sultan Firaun.. *taib * <Iklan>

Yang ni memang takleh belah belah belah sangat. Sebabnya adalah ….
Haa.. sebab tuu lah.. actually Fad taktahu nak sampaikan kat korang lagu mana =.=”


Kisah Empat: Mengedik bersama Nazim Irfan. *puuii! Geli dengan title sendiri*

Siapa Nazim Irfan ni? Korang tahu tak? Tahu tak? Tahu tak? Haa.. Tekan nama beliau sebelah ni > NAZIM IRFAN . Then tengok salah satu video beliau. Pergh! Handsome, handsome dah. Skills main gitar? Superbly Incredible. Suara? Alahai macho kott! *hahahaha.. jangan jeles*


Beliau memang talented sebenarnya! Fad kalau boleh nak pegi gig yang penah dia perform tapi apekan daya, patik busy untuk tuu semua. Alahai. Nak katakana penyanyi, tak jugak tapi beliau ni kira artis youtube yang tengah nak membangun. Banyak jugak tempat yang si Nazim Irfan ni penah perform. Kalau nak tahu, add jee beliau kat fesbuk. J

Even do beliau tengah nak femes sekarang, beliau langsung tak sombong macam artis-artis lain! Tabik + salute lahh! Hee.

Bye!

Tak Boleh Nak Gemuk LAHH!


Salam slimmos semua!

Entri yang sangat tension. Memang sedia maklum oleh rakyat jelata negara petualang tiga yang Fad hakikatnya memang tak boleh nak gemuk mahupun kelihatan berisi sebab dah memang tak boleh!, Janganlah paksa..  Hampir berbelas-belas purnama Fad cuba nak tambahkan berat badan tapi alahai! Takde maknenye kiah oii!

Kalau tak percaya, korang cer tengok gambar Fad di tahun-tahun yang berikut. * eceh! Macam nak listkan nominees yang bakal bertanding AJL pulak. *


2009

2010

2011

2012

Tengok dah kan? Ape komen korang? Fad dah makan macam-macam dah.. makan..



Makan lagi..


Then makan lagi..


Dan lagi.. 
               
                           
Lagi..

                                    

Even kena paksa sekalipun, ku makan jugak..


Makan lagi. *muka sangat hodoh yee*


Aiskrim? Haa! Makan lagi..


Dan lagi.. * macam banyak jee gambar Fad makan??*


Walaupun bersungguh-sungguh tahap macam ni sekalipun..







Sehinggakan terselah muka kebahagiaan time nak makan tuu.. tapi Fad still..


Ni latest punya!

Slim jugak! =.= Kepada anda-anda yang diluar nak slim tuu tolonglah! Jangan jeles kat Fad yee. Sebab Fad nak jadi berisi takleh, just stay slim macam tuu jee. Ntah sampai bile pun taktahu. Hurmm. Payah jadi perempuan ni, slim salah gemuk sangat pun salah. Aiseyman..

Credit to : The photographer for the all picture. 
                Cik Ika
                Sya Ashizumi Aziz ( Big Sista!)
                Sys Qiela


Mengantuk oi mengatuk!

Salam satu dua tiga empat seploh!

Entri ini adalah entri paksaan semata-mata sebab dah terlalu mengantuk tahap gila babun babun beruk maknye dah. Dah bermulanya hari-hari berpraktikal untuk Fad dah kawan-kawan. Bapak derr! Penat pulok kerja ni eh. Ingatkan tak penat. Hahahaha. Mane ade kerja yang tak pernah kiah oii! Kalau kerja definitely mesti penat habaq hang!



Fad baru melangkah masuk alam praktikal. Belum kerja lagi ni. Praktikal pun dah penat macam penat bekerja, macam manalah dengan parents kita yang hari-hari kerja. Dorang punya penaat tuu, macam Fad dah boleh rasa macam mana. Fad praktikal kat office jee. Ade air cond, comfort chair, cooly-cooly environment tapi tuu pun dah penat tahap gaban. Ayah fad yang kena pergi ke hulu-ke hilir then kena hantar delivery barang lagi. Aish, mesti lagi penat kan?

Tuu lah kudrat seorang ayah dan ibu sebenarnya. Keluar kerja dipagi hari then malam balik spend time dengan anak-anak. Tabik kat abah! Heee ^^ Fad selalu wish that one day Fad boleh jadi workaholic macam abah Fad tuu. It’s really inspire me a lot!

Workaholic, workaholic jugak. Duit, duit jugak tapi jangan lupa spend time dengan family. I have done a mistake last time. Doing part time job and studying waktu kat Giatmara dulu. Alahai! Memang penat kiah! Tapi nak cari duit punya pasal Fad bedal sajalah.

Keluar rumah seawal 8 pagi then balik paling lewat before 12 tgah malam. Abah takleh nak marah time tuu sebab dia sibuk dengan kerja dia. 8 pagi until 5 petang pergi kelas kat Giatmara then pukul 6 petang sampai 10 malam pulak kerja as promoter kat shopping complex. Penat penat penat sangat! Balik rumah then terus tidur. Then sambung rutin harian tuu setiap hari.

Dah cukup sebulan Fad dapat tawaran belajar kat kolej pulak. Adeh! Macam sekejap jee masa berlalu. Fad time tuu tak sempat pun nak beramah-mesra dengan adik-adik sebab busy dengan study and partime job tuhh. Memang menyesal sangat-sangat!

Bila dah masuk kolej macam ni baru terfikir, Fad dulu terlalu workaholic sampai jarang ada kat rumah. Apetah lagi bergurau senda dengan adik-adik atau cik bedah pot pet pot pet kat depan rumah kiteorang. Aish.. duniawi tuu semua! Lagha! Lagha!

Tapi sekarang bila dah sambung belanja tuu, makin jarang lah Fad balik rumah sebab jauh. Then sometimes tuu rasa jugak macam terpinggir dari family tapi nak buat macam mana, dah tugas Fad yang kena laksanakan. Sampai sometimes tuu nak spend time dengan schoolmates pun dah takde. Aisey.. nasib badan. =.=

So, conclusion untuk entri ni. Urmm takde conclusion rasenye. Tapi satu je fad nak sangat sangat cakap, do take care your family sebaik mungkin. It’s true money is everything but between money and family, Family more worth than money. Remember that guys!

Psstt: Seems like Fad dah lari 4 X 100 meter jee dari tajuk entri. Ahh. Persetankan itu semua! Lagha lagha lagha!

LAGHA adalah sejenis ulat adik-beradik kepada ulat bulu dan ulat gonggok. Sepatutnya ia dipanggil as ulat bunggok ( “bu”lu dan go”nggok”) tapi setelah di komersialkan ke peringkat antarabangsa termasuk juga sekitar Pakistan,Uzbekistan dan iSetan ia terus dipanggil sebagai “LAGHA”.  < Ajaran sesat!

Kahwin Muda

Salam satu dua tiga empat !




Topik hari jee pasal kahwin tapi Fad bukan nak kahwin lagi ehh. Tolong lahh. Taknak den kahwin muda-muda dulu. Masa setan-setan Fad masih tak puas lagi. Hahahaha *gelak setan* Fad bukan lah sejahat setan tuu Fad just nakal-nakal manja bak kata orang. Nakal dengan Jahat tak sama ok!

Lately dah berakhirnya 2012 dan kemunculan 2013 makin ramailah pulak kawan-kawan , sanak-sanak gila-gila yang di zaman sekolah dulu dah kahwin. Alahai! Kekadang terkejut jantung jemah tengok dorang post gambar kahwin-mawin kat Fesbuk. Ehh Fad BUKAN JELES taw! Fad just wondering bilalah Fad nak kahwin pulak. Hahahaha *Fad kalau berangan memang no 1*

Tapi memang taklah nak kahwin awal-awal gini. Hadoi! Hindarkanlah. Kahwin lambat pun Fad tak kisah sebab Fad nak cari duit banyak banyak banyak dengan usaha sendiri. Kalau harap dapat suami kaya ade duit banyak pun takleh jugak sebab tuu duit si suami bukan duit Fad. Fad ade banyak benda nak buat lagi daripada kahwin. Adik-adik Fad yang berderet tuu siapa nak jaga? Kesian kott kalau nak tengok Abah yang jaga dorang sume tuu sensorang.

Fad bukan nak berletaq panjang lebar pasal atas ni semua. Tapi Fad nak habaq mai yang pasal mentality orang zaman lani. Haiyoo! Banyak ,menyimpang woo. Tak suka betul cara orang melayu yang tahu nak mengata orang tak habis. Pasal kahwin ni jee kekadang tuu pun boleh mencetuskan fitnah, gossip dan bahan perbualan masyarakat setempat.

Kalau melayu keep saying benda yang sama, lebih baik Fad kahwin dengan mamat korea rambut pacak *nak mamat korea jee Fad ni. LOL!*  Ape yang Fad tak suka pasal makcik-makcik yang suka gossip-gosip petang-petang kat rumah tuu adalah pasal kahwinlah sebenarnya. Nasib baiklah Mak Fad tak join benda-benda alahh ni sangat. Anak ramai nak jagalah katakana.

Makcik kalau cakap pasal gossip-gosip artis takpelah jugak. Pasal Rozita Che Wan kee, Rosmah kee takpelah jugak tapi cari topic nak jodohkan anak dorang. Aishh! Fad memang lemah, ketaq and rasa nak patah lutut ni bila dorang cuba membangkitkan topic terebut. Kahwin awal dok ngata :

“Ehh, anak peah tuu umoq 19 tahun dah kahwin daa. Kena tangkap basah kee apa?”  ;

“Tuu dia anak Cik Minah dok tang Jalan Pisang tuu. Anak dia tak habis belajaq pondok dah pi bagi kahwin muda.”

Kalau kahwin lambat pun mengata jugak. Such as:

“Anak Kiah tuu tak kahwin-kahwin lagi sampai lani. Umoq nak dekat 30 tahun dah! Macam mana lah dia ajq anak dia tuu kan? ”

“Eton oii! Hang awat tak kahwin-kahwin lagi lani? Nak jadi andartu kee apa?!”

Amboi! Mahu tersentap si anak dara kalau korang cakap gitu. Aishh! Payah beno dapat jejiran macam ni actually. Caring tuu takpe tapi janganlah sampai nak masuk tapi seluar orang yee makcik yee.*sekarang pakai seluar jee mane pakai kain dah.* Sikap kerjasama and berstupada antara jiran tuu dah ade tapi annoying kott! Kekadang rasa nak bunuh sekoq-sekoq makcik yang pun ade. *Astagha, ni dan masuk zon kekejaman dah ni. Astagh’firullah allazim.*


Haa! Fad bukanlah nak membantah atau nak mengatakan yang kahwin muda tuu salah tapi terpulang kepada individu sama ada dah sedia nak jadi seorang suami/isteri. Before ni Fad pernah buat entri “ Dah Bersediakah? “  maybe kalau korang nak melangkah atau baru nak ajak tunang korang or boipren/gelpren korang kahwin tuu, better fikir dulu wise wise wisely. Bukak entri tertera untuk nak tahu korang dah betul sedia ke tidak.

Fad bukanlah seorang yang dah berumah tangga tapi ape yang terjadi nowadays ni agak meng”scary”kan Fad dan kekadang Fad takut nak kahwin pun ade. But, its stil too early to think this kinda kahwin-kahwin things right now. Seriously I got lot lots lots lots of komitmen in the future. Kalau korang sedarlahkan, kat surat kabar hampir setiap hari ade kes yang melibatkan isu rumah tangga, macam baru-baru ni yang terjadi : “Suami cemburu buta, lalu memukul Isterinya yang masih pantang.” , “Anak Mati di Dera” dan banyak lagi. Dan best part is semua melibatkan orang melayu. Adehh! Malu malu malu sangat!

So, before nak kahwin tuu fikir wisely, and kalau dah jodoh tak ke mana. Kahwin muda dan kahwin lambat takde bezanya melainkan korang dapat menjaga rumahtangga dengan baik its good enough.

 P/S: Dikesempatan ini Fad jugak nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan-pasangan yang rata-rata terdiri daripada rakan-rakan facebook/twitter dan blogger Fad yang  telah selamat diijabkabul sepanjang tahun 2012 dan akan diijabkabulkan pada masa akan datang, iaitu sepanjang 2013. Maaf jika ada certain kenduri yang menjemput Fad, tapi Fad tak dapat hadiri.


Sekian saja daripada sigatal yang malas nak kahwin awal kecuali jodoh dah sampai,
Fadlina Nasir

Alamak Kaki!


 Today entri is all about kaki. Aisey, Alamak Kaki! Hahaha *petikan dari filem P.Ramlee entah ape title dia entah*  Haa. Kenapa KAKI? Sebab without kaki, kita takkan able nak berdiri dan berjalan normal. Even kekadang tuu ade orang yang jalan by using tongkat pun ade yang dah mengeluh ni apekan lagi lagi orang yang takde kaki, I mean Kudung. Bertuah sebenarnya kita dikurniakan tapi kita yang tak menghargainya kekadang tuu.



Haa! Wajib potong kaki korang kalau ade  sesetengah yang jenis kaki-kaki yang seperti berikut:

Kaki Perempuan
Haa, kes kaki perempuan ni sepatutnya dipijak dengan kasut tumit diri sampai mati. Ape taknya nowadays ni memang ramai kaki perempuan, elehh.. kaki jantan  pun ada. Bagai yang noobies yang taktahu kaki perempuan tuu pebenda meh cek kiah nak habaq mai. Meh, meh, meh. Kaki Perempuan a.k.a Kaki Jantan ni golongan orang yang suka dok main perasan orang lain. Kalau main-main macam kawin-kawin zaman kita kecik0kecik kita tuu lain. Tapi ni Kaki Perempuan a.k.a Kaki JAntan time dah besaq bangka. HAIHHH! Memang kena jijak dengan kasut habaq hang. *sumpah Fad giler kejam!*

Kaki Pukul
Kaki pukul ni kebanyakkan orang lelaki yang conquer. Alaa.. perempuan pun ada jugak tapi perempuan selalu yang badan ketak-ketaklah yang nak pukul-pukul orang. Kalau perempuan keding macam Fad ni memang takde maknanya nak jadi kaki pukul. Dok kena pukul ada lahh. Bagi yang lelaki yang kaki pukul korang memang DAEBAK lahh! Sebab dapat protect orang lain. Tapi kalau kaki pukul ni golongan gangster ni better bawa insaf awal-awal sebab kuat mane pun korang, ALLAH lagi maha berkuasa yee anak-anak. Even Si Kaki Pukul ni mampu memusnahkan hayat 10 orang dengan 1 jam, tapi dengan kuasa ALLAH korang dapat dimusnahkan not even a minute pun. Masya’ALLAH!

Kaki Judi
Si Kaki Judi ni sepatutnya dibutakan mata. *lagi sekali Fad kejam* sebab kalau dah buta, dorang definitely takleh nak bertikam nombor ekor, nak main daun terup bagai. Haa baru tahu langit tinggi ke rendah time tuu. Bagi si kaki judi ni kembalilah ke jalan yang benar cepat-cepat. Kadang-kadang kita pun berjudi tanpa kita sedar macam betting dengan kawan. Kalau betting tanpa dapat sebarang ganjaran atau interest takpe. Tapi ni betting kalau dapat suatu ganjaran such as, “ Kalau kau siap dulu kerja ni sebelum aku keluar toilet , aku bagi kau 10 hengget. Kalau tak kau kena belanja aku Teh Tarik. “ Haa! Ni dah kira judi juga yee anak-anak mama sekalian. So, hindarkan daripada betting-betting ni ehh. HINDARKAN!

Kaki Kelab + Kaki Minum *Tajuk Utama*
Nak akhir zaman gini, nak dekat-dekat banyak keluarnya tanda-tanda kecil kiamat memang banyak kelab-kelab dibuka dan the best part is,  melayu yang beragama islam conquer tempat tuu semua. Kalau nak berjimba sekalipun kat bilik jee sudahlah. Rasanya takyah lah pegi kelab-kelab bagai. Ape kelas beb?! Dulu time sekolah bukan benci bagai nak join Kelab Bahasa Inggeris lah, Kelab Mathematics lahh, Kelab Pencinta Alam lah. Siap boleh sumpah seranah cikgu time setiap kali ade metting. Tapi kalau kelab dangdut, Kelab Pub bagai bukan main laju sampai tak balik rumah pun takpe. Ya Allah! Lagi teruk dorang yang drunk-drunk bagai. Kalau India and Chinese tuu kita boleh accept lagi tapi ni orang Melayu , Islam kott. Korang takde air lain ke nak minum? Jus Durian Belanda, Jus Mangga, Jus Oren berlambak tuu haa kat Econsave. Kalau taknak bancuh sendiri, korang beli jee Tropicana Twister. Ni nak minum air mabuk-mabuk tuu semua. *puiii!!* jijik sial!

Tahu tak ape hukuman minum arak? Hah! Dalam islam,hukuman minum arak tuu sama dengan 40 kali sebatan tahu tak?! Haa. Kalau hukuman tuu dikuatkuasakan sekarang, aku rasa ramai budak-budak hot yang malay tuu dah lunyai bahagian bont*t dia tuhh. Nak membuang pun susah. Hah! Baru tahu macam mana seksanya. Tuu baru hukuman kat dunia, tak termasuk akhirat lagi. Kalau kat akhirat nanti Nabi Muhammad s.a.w tak mengaku golongan drunking-drunk ni sebagai umatnya untuk 1000 tahun kott. Itu baru sekali teguk. Kalau korang dah berteguk-teguk dah berapa ribu tahun dah agaknya. Haa. Cer congak sendiri lah yee.

Diharamkan potong kaki bagi golongan-golangan di bawah;

Kaki Jalan
Fad boleh dikategorikan seorang kaki yang kuat jalan. Kaki Jalan ni bukan kaki jalan saje je taw. Tapi kaki jalan ni means orang yang kuat pergi sana-sini, merayap-merayau. Disarankan kepada siapa yang masih muda tuu korang travel lahh kemana pun tengok budaya orang lain macam mana. Maybe budaya or benda yang baik tuu boleh dicontohi bersama tapi yang buruk tuu takyah lah nak gedik-gedik ikut pulak yee. Sebab time tengah usia muda macam nil ah kudrat kita masih kuat nak berjalan, nanti dah tua-tua nak travel sana-sini macam impossible lah pulak sebab time tuu kita might be tak sesihat time kita muda sekarang. So, right now just have holiday and go anywhere you wanted to before you can’t make it anymore time tua nanti. Nanti dah tua takdenye nak fikir nak jalan-jalan sana-sini lagi. Just that time kita fikir nak pergi haji and tunaikan ibadah jee. Betul tak? Hee..

Kaki bola > Kaki bangku
Ole..ole..ole..ole.. hah! Yang ni Fad taktahu nak citer apa sebab Fad bukanlah kaki bola sangat tapi layan jugaklah kekadang. Fad taktahu macam mana nak explain this type of kaki much more detail sebab .. sebab.. sebab.. sebab.. taktahulah macam mana nak habaq kat ampa. Ayah Fad and adik-adik lelaki Fad yang lain tak layan bola dan dorang tak main bola at all! Tak tahulah kalau dorang kaki bangku ke ape, tapi sumpah bertuah dapat adik-adik yang tak main bola sebab takyah nak habiskan duit beli kasut durian  tuu (kasut bola). Hahaha. Expalanation for Kaki Bangku, orang yang tak reti main bola. J/



Telapak Kaki Ibu
Ohh ibuuuuu. Disiram bayu pagi. Lalalalalala. Hah! SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU weyhh! Adik-adik, anak-anak mama sekalian *bajet nak jadi mak-mak*  korang janganlah ingat telapak kaki ibu tuu ade syurga kang takut ade kes potong kaki mak sendiri nak buat sup sebab nak masuk syurga punya pasal. Hoi! Mane punya ajaran sesatlah tuu. Kalau korang buat gitu, pewh! Lokap lah kesudahannya. Very the happy ending. Means syurga di telapak kaki ibu is korang kena hormat our own mom sebaik mungkin sebab dia yang mengandungkan dan menyalinkan kita. Jangan lah buat dia bermuram durja *ayat istana keluar sudah* sesungguhnya nanti kita takkan mendapat tempat di syurga kelak. Even nak cium bau syurga pun tak dapat.

Kaki Sendiri
Jagalah kaki korang tuu elok-elok. Sesungguhnya kaki adalah salah satu kurniaan ALLAH yang tak ternilai. Kita yang ada kaki ni kena bersyukur sebab kita dah ade kaki. ALHAMDULILLAH. Elakkanlah pergi tempat-tempat yang boleh bawa kemungkaran dan lead your leg to the positive way. You choose the good/positive way, you will receive the same things. Aminn.


Itu saja dari saya sang kaki panjang, Fadlina Nasir yang telah menceritakan jenis-jenis kaki yang terdapat di whitemarket *not blackmarket ok..* . See again next time J

Hye there come 2013, Bye 2012!

Salam semua!

Very the tak sangka mak jemah dah masuk 2013. Pejam celik pejam celik pejam celik celik celik dah nak New Year dah. Haihh! Peningkatan umur pun naik lagi. Fad dah tua! Hahahaha..



Semakin meningkat umur semakin lain gaya penulisan Fad kat blog ni. Hahaha. Even blog ni tak mececah pun sampai 100 juta pageviews sekalipun, tapi yang penting adalah niat nak berblogger. Means nak kongsikan ape jee yang menarik berlaku dalam kehidupan semasa ni.

Fad takdelah rajin sangat nak post entri dah majority of my entri not even kelakar pun. Sometimes tuu Fad pulak yang bosan baca blog sendiri. Maybe after this kalau sesiapa yang ade idea yang boleh Fad implementkan dalam blog ni sudi-sudikanlah bagitahu kat Fad yee. So takde lah bosan sangat bila nak baca. :)

Azam tahun baru?

Rasanya Azam yang tahun lepas pun tak tercapai lagi. Azam Fad tahun lepas ape eh? Ok,sumpah dah lupa. Urm. takpe takpe rasanya tak penting untuk dimentionkan disini. Just harap tahun ni the way cara penulisan jadi much more better daripada zaman-zaman kuna dulu. hahaha. Memang tak boleh belahh. So, thats it! Selesailah entri tahun baru untuk kali ini. Actually Fad takde idea nak merepek ape untuk entri ni sebab dah ketandusan idea sangat dah. hee :)