»

Alamak Kaki!


 Today entri is all about kaki. Aisey, Alamak Kaki! Hahaha *petikan dari filem P.Ramlee entah ape title dia entah*  Haa. Kenapa KAKI? Sebab without kaki, kita takkan able nak berdiri dan berjalan normal. Even kekadang tuu ade orang yang jalan by using tongkat pun ade yang dah mengeluh ni apekan lagi lagi orang yang takde kaki, I mean Kudung. Bertuah sebenarnya kita dikurniakan tapi kita yang tak menghargainya kekadang tuu.



Haa! Wajib potong kaki korang kalau ade  sesetengah yang jenis kaki-kaki yang seperti berikut:

Kaki Perempuan
Haa, kes kaki perempuan ni sepatutnya dipijak dengan kasut tumit diri sampai mati. Ape taknya nowadays ni memang ramai kaki perempuan, elehh.. kaki jantan  pun ada. Bagai yang noobies yang taktahu kaki perempuan tuu pebenda meh cek kiah nak habaq mai. Meh, meh, meh. Kaki Perempuan a.k.a Kaki Jantan ni golongan orang yang suka dok main perasan orang lain. Kalau main-main macam kawin-kawin zaman kita kecik0kecik kita tuu lain. Tapi ni Kaki Perempuan a.k.a Kaki JAntan time dah besaq bangka. HAIHHH! Memang kena jijak dengan kasut habaq hang. *sumpah Fad giler kejam!*

Kaki Pukul
Kaki pukul ni kebanyakkan orang lelaki yang conquer. Alaa.. perempuan pun ada jugak tapi perempuan selalu yang badan ketak-ketaklah yang nak pukul-pukul orang. Kalau perempuan keding macam Fad ni memang takde maknanya nak jadi kaki pukul. Dok kena pukul ada lahh. Bagi yang lelaki yang kaki pukul korang memang DAEBAK lahh! Sebab dapat protect orang lain. Tapi kalau kaki pukul ni golongan gangster ni better bawa insaf awal-awal sebab kuat mane pun korang, ALLAH lagi maha berkuasa yee anak-anak. Even Si Kaki Pukul ni mampu memusnahkan hayat 10 orang dengan 1 jam, tapi dengan kuasa ALLAH korang dapat dimusnahkan not even a minute pun. Masya’ALLAH!

Kaki Judi
Si Kaki Judi ni sepatutnya dibutakan mata. *lagi sekali Fad kejam* sebab kalau dah buta, dorang definitely takleh nak bertikam nombor ekor, nak main daun terup bagai. Haa baru tahu langit tinggi ke rendah time tuu. Bagi si kaki judi ni kembalilah ke jalan yang benar cepat-cepat. Kadang-kadang kita pun berjudi tanpa kita sedar macam betting dengan kawan. Kalau betting tanpa dapat sebarang ganjaran atau interest takpe. Tapi ni betting kalau dapat suatu ganjaran such as, “ Kalau kau siap dulu kerja ni sebelum aku keluar toilet , aku bagi kau 10 hengget. Kalau tak kau kena belanja aku Teh Tarik. “ Haa! Ni dah kira judi juga yee anak-anak mama sekalian. So, hindarkan daripada betting-betting ni ehh. HINDARKAN!

Kaki Kelab + Kaki Minum *Tajuk Utama*
Nak akhir zaman gini, nak dekat-dekat banyak keluarnya tanda-tanda kecil kiamat memang banyak kelab-kelab dibuka dan the best part is,  melayu yang beragama islam conquer tempat tuu semua. Kalau nak berjimba sekalipun kat bilik jee sudahlah. Rasanya takyah lah pegi kelab-kelab bagai. Ape kelas beb?! Dulu time sekolah bukan benci bagai nak join Kelab Bahasa Inggeris lah, Kelab Mathematics lahh, Kelab Pencinta Alam lah. Siap boleh sumpah seranah cikgu time setiap kali ade metting. Tapi kalau kelab dangdut, Kelab Pub bagai bukan main laju sampai tak balik rumah pun takpe. Ya Allah! Lagi teruk dorang yang drunk-drunk bagai. Kalau India and Chinese tuu kita boleh accept lagi tapi ni orang Melayu , Islam kott. Korang takde air lain ke nak minum? Jus Durian Belanda, Jus Mangga, Jus Oren berlambak tuu haa kat Econsave. Kalau taknak bancuh sendiri, korang beli jee Tropicana Twister. Ni nak minum air mabuk-mabuk tuu semua. *puiii!!* jijik sial!

Tahu tak ape hukuman minum arak? Hah! Dalam islam,hukuman minum arak tuu sama dengan 40 kali sebatan tahu tak?! Haa. Kalau hukuman tuu dikuatkuasakan sekarang, aku rasa ramai budak-budak hot yang malay tuu dah lunyai bahagian bont*t dia tuhh. Nak membuang pun susah. Hah! Baru tahu macam mana seksanya. Tuu baru hukuman kat dunia, tak termasuk akhirat lagi. Kalau kat akhirat nanti Nabi Muhammad s.a.w tak mengaku golongan drunking-drunk ni sebagai umatnya untuk 1000 tahun kott. Itu baru sekali teguk. Kalau korang dah berteguk-teguk dah berapa ribu tahun dah agaknya. Haa. Cer congak sendiri lah yee.

Diharamkan potong kaki bagi golongan-golangan di bawah;

Kaki Jalan
Fad boleh dikategorikan seorang kaki yang kuat jalan. Kaki Jalan ni bukan kaki jalan saje je taw. Tapi kaki jalan ni means orang yang kuat pergi sana-sini, merayap-merayau. Disarankan kepada siapa yang masih muda tuu korang travel lahh kemana pun tengok budaya orang lain macam mana. Maybe budaya or benda yang baik tuu boleh dicontohi bersama tapi yang buruk tuu takyah lah nak gedik-gedik ikut pulak yee. Sebab time tengah usia muda macam nil ah kudrat kita masih kuat nak berjalan, nanti dah tua-tua nak travel sana-sini macam impossible lah pulak sebab time tuu kita might be tak sesihat time kita muda sekarang. So, right now just have holiday and go anywhere you wanted to before you can’t make it anymore time tua nanti. Nanti dah tua takdenye nak fikir nak jalan-jalan sana-sini lagi. Just that time kita fikir nak pergi haji and tunaikan ibadah jee. Betul tak? Hee..

Kaki bola > Kaki bangku
Ole..ole..ole..ole.. hah! Yang ni Fad taktahu nak citer apa sebab Fad bukanlah kaki bola sangat tapi layan jugaklah kekadang. Fad taktahu macam mana nak explain this type of kaki much more detail sebab .. sebab.. sebab.. sebab.. taktahulah macam mana nak habaq kat ampa. Ayah Fad and adik-adik lelaki Fad yang lain tak layan bola dan dorang tak main bola at all! Tak tahulah kalau dorang kaki bangku ke ape, tapi sumpah bertuah dapat adik-adik yang tak main bola sebab takyah nak habiskan duit beli kasut durian  tuu (kasut bola). Hahaha. Expalanation for Kaki Bangku, orang yang tak reti main bola. J/



Telapak Kaki Ibu
Ohh ibuuuuu. Disiram bayu pagi. Lalalalalala. Hah! SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU weyhh! Adik-adik, anak-anak mama sekalian *bajet nak jadi mak-mak*  korang janganlah ingat telapak kaki ibu tuu ade syurga kang takut ade kes potong kaki mak sendiri nak buat sup sebab nak masuk syurga punya pasal. Hoi! Mane punya ajaran sesatlah tuu. Kalau korang buat gitu, pewh! Lokap lah kesudahannya. Very the happy ending. Means syurga di telapak kaki ibu is korang kena hormat our own mom sebaik mungkin sebab dia yang mengandungkan dan menyalinkan kita. Jangan lah buat dia bermuram durja *ayat istana keluar sudah* sesungguhnya nanti kita takkan mendapat tempat di syurga kelak. Even nak cium bau syurga pun tak dapat.

Kaki Sendiri
Jagalah kaki korang tuu elok-elok. Sesungguhnya kaki adalah salah satu kurniaan ALLAH yang tak ternilai. Kita yang ada kaki ni kena bersyukur sebab kita dah ade kaki. ALHAMDULILLAH. Elakkanlah pergi tempat-tempat yang boleh bawa kemungkaran dan lead your leg to the positive way. You choose the good/positive way, you will receive the same things. Aminn.


Itu saja dari saya sang kaki panjang, Fadlina Nasir yang telah menceritakan jenis-jenis kaki yang terdapat di whitemarket *not blackmarket ok..* . See again next time J

No comments:

Post a Comment