»

Kahwin Muda

Salam satu dua tiga empat !




Topik hari jee pasal kahwin tapi Fad bukan nak kahwin lagi ehh. Tolong lahh. Taknak den kahwin muda-muda dulu. Masa setan-setan Fad masih tak puas lagi. Hahahaha *gelak setan* Fad bukan lah sejahat setan tuu Fad just nakal-nakal manja bak kata orang. Nakal dengan Jahat tak sama ok!

Lately dah berakhirnya 2012 dan kemunculan 2013 makin ramailah pulak kawan-kawan , sanak-sanak gila-gila yang di zaman sekolah dulu dah kahwin. Alahai! Kekadang terkejut jantung jemah tengok dorang post gambar kahwin-mawin kat Fesbuk. Ehh Fad BUKAN JELES taw! Fad just wondering bilalah Fad nak kahwin pulak. Hahahaha *Fad kalau berangan memang no 1*

Tapi memang taklah nak kahwin awal-awal gini. Hadoi! Hindarkanlah. Kahwin lambat pun Fad tak kisah sebab Fad nak cari duit banyak banyak banyak dengan usaha sendiri. Kalau harap dapat suami kaya ade duit banyak pun takleh jugak sebab tuu duit si suami bukan duit Fad. Fad ade banyak benda nak buat lagi daripada kahwin. Adik-adik Fad yang berderet tuu siapa nak jaga? Kesian kott kalau nak tengok Abah yang jaga dorang sume tuu sensorang.

Fad bukan nak berletaq panjang lebar pasal atas ni semua. Tapi Fad nak habaq mai yang pasal mentality orang zaman lani. Haiyoo! Banyak ,menyimpang woo. Tak suka betul cara orang melayu yang tahu nak mengata orang tak habis. Pasal kahwin ni jee kekadang tuu pun boleh mencetuskan fitnah, gossip dan bahan perbualan masyarakat setempat.

Kalau melayu keep saying benda yang sama, lebih baik Fad kahwin dengan mamat korea rambut pacak *nak mamat korea jee Fad ni. LOL!*  Ape yang Fad tak suka pasal makcik-makcik yang suka gossip-gosip petang-petang kat rumah tuu adalah pasal kahwinlah sebenarnya. Nasib baiklah Mak Fad tak join benda-benda alahh ni sangat. Anak ramai nak jagalah katakana.

Makcik kalau cakap pasal gossip-gosip artis takpelah jugak. Pasal Rozita Che Wan kee, Rosmah kee takpelah jugak tapi cari topic nak jodohkan anak dorang. Aishh! Fad memang lemah, ketaq and rasa nak patah lutut ni bila dorang cuba membangkitkan topic terebut. Kahwin awal dok ngata :

“Ehh, anak peah tuu umoq 19 tahun dah kahwin daa. Kena tangkap basah kee apa?”  ;

“Tuu dia anak Cik Minah dok tang Jalan Pisang tuu. Anak dia tak habis belajaq pondok dah pi bagi kahwin muda.”

Kalau kahwin lambat pun mengata jugak. Such as:

“Anak Kiah tuu tak kahwin-kahwin lagi sampai lani. Umoq nak dekat 30 tahun dah! Macam mana lah dia ajq anak dia tuu kan? ”

“Eton oii! Hang awat tak kahwin-kahwin lagi lani? Nak jadi andartu kee apa?!”

Amboi! Mahu tersentap si anak dara kalau korang cakap gitu. Aishh! Payah beno dapat jejiran macam ni actually. Caring tuu takpe tapi janganlah sampai nak masuk tapi seluar orang yee makcik yee.*sekarang pakai seluar jee mane pakai kain dah.* Sikap kerjasama and berstupada antara jiran tuu dah ade tapi annoying kott! Kekadang rasa nak bunuh sekoq-sekoq makcik yang pun ade. *Astagha, ni dan masuk zon kekejaman dah ni. Astagh’firullah allazim.*


Haa! Fad bukanlah nak membantah atau nak mengatakan yang kahwin muda tuu salah tapi terpulang kepada individu sama ada dah sedia nak jadi seorang suami/isteri. Before ni Fad pernah buat entri “ Dah Bersediakah? “  maybe kalau korang nak melangkah atau baru nak ajak tunang korang or boipren/gelpren korang kahwin tuu, better fikir dulu wise wise wisely. Bukak entri tertera untuk nak tahu korang dah betul sedia ke tidak.

Fad bukanlah seorang yang dah berumah tangga tapi ape yang terjadi nowadays ni agak meng”scary”kan Fad dan kekadang Fad takut nak kahwin pun ade. But, its stil too early to think this kinda kahwin-kahwin things right now. Seriously I got lot lots lots lots of komitmen in the future. Kalau korang sedarlahkan, kat surat kabar hampir setiap hari ade kes yang melibatkan isu rumah tangga, macam baru-baru ni yang terjadi : “Suami cemburu buta, lalu memukul Isterinya yang masih pantang.” , “Anak Mati di Dera” dan banyak lagi. Dan best part is semua melibatkan orang melayu. Adehh! Malu malu malu sangat!

So, before nak kahwin tuu fikir wisely, and kalau dah jodoh tak ke mana. Kahwin muda dan kahwin lambat takde bezanya melainkan korang dapat menjaga rumahtangga dengan baik its good enough.

 P/S: Dikesempatan ini Fad jugak nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan-pasangan yang rata-rata terdiri daripada rakan-rakan facebook/twitter dan blogger Fad yang  telah selamat diijabkabul sepanjang tahun 2012 dan akan diijabkabulkan pada masa akan datang, iaitu sepanjang 2013. Maaf jika ada certain kenduri yang menjemput Fad, tapi Fad tak dapat hadiri.


Sekian saja daripada sigatal yang malas nak kahwin awal kecuali jodoh dah sampai,
Fadlina Nasir

2 comments:

  1. Kita xdpt puaskan ht semua org...harap bersabar lew ngn gosip gosip mcik mcik lpas asar tu....

    ReplyDelete