»

Empat Bulan Sudah.


Selamat Selamat semua! *Entri Menyayat Hati*

Ok. Kali ini entri ni Fad typing sambil nangis + meleleh air liur, air hidung semua lahh *dan! dan!* Hahaha. It’s been almost 4 bulan kott rasenya Fad tak balek kampung halaman. Ya Allah! Macam duduk kat Switzerland lah pulak kann. Takleh blah langsung!

Assume kesedihan fad rase macam budak ni rase lah yee.

Memang Fad dah lame gile tak balik rumah padahal Penang – Selangor  jee pun. Aish! Apekan daya Beta. Banyak sangat komitmen kat sini. Nak cakap dah keja tak jugak, sebab right now Fad still belajar. Aishh. Tapi kesibukkan belajar tuu takdelah sesibuk orang keja sangat.

Memang rasa sebak jee hati ni bila call kat rumah then cakap dengan adik sorang demi sorang. Almaklumlah Fad anak sulung, so don’t terkejut monkey sangatlah kalau I have too many siblings J Mesti masing-masing dah besau-besau rasanya. Yang sorang dah suara garau-garau jantan. Lagi sorang dah suara merdu-merdu perempuan. *Ecehh!*

Entah ape jadi kat rumah tuu pun taktahu lahh. Kekadang tuu kalau dah lame sangat tak balik, Fad boleh sampai lupa nombor lorong rumah. Apetah lagi nombor rumah. *padahal alamat rumah kat I/C pun tak hengat!* hehehehe. Memang seorang kakak yang agak teruk jugaklah Fad ni. Hey! But I happening ok! Korang hade kakak macam ni? Hee.

Memang bila dah belajar macam ni, kita akan berjauhan dengan keluarga. Kalau yang ade penyakit homesick tuu taktahu lahh nak sumbat ubat ape. Doktor pun bleh mati sebab fikir ramuan ubat homesick ni. *cakap macam aku ni doctor! padahal I’m an engineer to be kott :P* Aminn.

Ni baru belajar, nanti kalau dah keja takkan every week nak balik? Aisey! Penat dowh kalau gituu! Nanti kahwin lagi susah! Nak balik kena mintak izin suami lagi. Kalau duduk dekat takpelah jugak. Kalau dapat suami orang KOREAN , then kena duduk kat SEOUL. * saje nak bold those two sentences manelah tahu jadi kenyataan one day nanti. Puiihh! Berangan lebih! * Tak ke menangis , merengek bagai nak mintak balik? Ish ish ish ish. Susah lagu ni, Susah weyhh!

Sebenarnya kalau dah jauh dari keluarga sejak kecik tuu mendatangkan kesenangan di hari kelak. Sebab nanti dah besau takdelah korang just bergantung dengan parents or bibik or amah or whatever lah! 

Sebenarnya stay away from your family ni, korang dapat belajar macam mana nak survive kat tempat orang and doing well. Korang kira boleh berdikari lah sonang cite! More independence gituu!

Actually bila Fad dah lame tak balik macam right now ni kan, Fad always think positive. Padahal every week call Abah mintak izin nak balik, tapi dia tak pernah nk mengizinkannya. *amboi! ayat buku !* Abah  always cakap macam ni “ Kakak cuti 4 hari jee, buat ape nak balik? Kalau balik pun kejap sangat” . Itulah benda yang Abah selalu cakap. Kalau dah dengar tuu memang Fad automatically nangis + sebak kat hati / sanubari ini. *puihh! ayat sedih!* Sumpah uolls! Fad kalau dengar Abah cakap macam gitu, I just can goin moody for whole day. Then nanti dah ade kat bilik mulalah pasang lagu “ Kasih Ibu”  lahh, “Saat Terakhir” lahh tapi for sure memang semua lagu tangkap leleh version hendon punya!

Haa! The positive thinking yang Fad selalu terfikir bila Abah cakap macam tuui alah manelah tahu one day nanti kalau ade rezeki Fad sambung overseas kee takdelah Fad homesick sangat macam sekarang. Ye lahh, Abah maybe nak mengajar jangan jadi terlalu manja dengan dia kott. Hee. Maybe dengan cara ini Fad xdelah homesick sangat. Kekadang bila dah homesick tuu, I  just mampu nangis berderai air mata bagai jee lahh.

So, bila dah macam ni baru Fad terfikir tanggungjawab Fad kat family. Macam dah sedar dengan ketentuan takdir jugak lah. Hee. Baru nak sedar, padahal before ni takde kesedaran pun. And kekadang tuu Fad tak faham jugak kenapalah ade budak-budak BRENGSET sekarang ni yang ade jee nak lari rumah bagai. Huh! Very the stupid youuu! Haa dah masuk topic lari rumah ni, meh Fad nak bagi opinion sikit.


Siapa nak penah rase nak lari rumah bagai tuu better korang fikir wisely lah sikit. Korang nak hidup sendiri? Korang taknak terkongkong dengan family? Korang malas nak duduk rumah dah? Hey ke mon lah! Nanti korang dah betul-betul teenagers macam Fad ni, korang akan lalui tuu semua. Korang akan stay away dengan family bagai. Korang nak ape? Bebas? Taknak terkongkong bagai? Absolutely korang akan rasai bila dah start sambung belajar kat IPTA/IPTS one day. On that time there just only you and your other friends jee. That korang akan tengok dan rasai kebebasan yang menjadi dambaan sangat tuu.

And, if Fad diberikan peluanglah kan. Fad nak sangat ade dengan family all time. Nak sangat kembali time sekolah menengah or sekolah rendah balik. Sebab tuu jee the only time yang korang akan selalu dengan family korang. I do even think what going on kalau Fad takde one day, then dorang takde di sisi Fad time tuu. Let say Fad ade kat Johor and my family right now ade kat Penang. Between Johor and Penang really take hours to sampai kott. Kalaulah sempat Fad boleh tengok muka dorang for the last time kalau tak? Dorang jee dapat tengok muka Fad. Fad dah takleh tengok muka dorang dah.

Adik-beradik fad yang lain. * ni gambar lame*

Memang Fad fikir jauh sangat rasanya ni. Ade sampai puncak Gunung Everest pun ade rasenye. Subhanallah! Dah over thinking sangat ni. Sebelum it’s become very the over thinking lagi, better Fad get away from here.

The boy that I miss most!

Till the next entry, Bye!

White Water Rafting di Sg.Kampar, Perak.

Salam sailormoon semua! Hee ^^

Memang entri yang boleh dikategorikan sebagai cool giler babun! *ecehh!*

It’s was really first time in my whole life doin’ this adventurous thing. Hah! Ape yang adventure sangat tuu? Haa.. dah trang tang tang kat title tuu takkan tak reti-reti lagi. Aish! Kome ni pungg.

First time Fad ber”waterrafting” bagai ni. Padahal Fad ni dah lah tak reti berenang at all. Tapi memang best habaq hang! Giler best dowh! Hahaha

Activity dah ofcoz lah pergi beramai-ramai kan? Kalau nak pergi alone tuu better korang lupakan jee niat suci korang tuu sebab it doesn’t make any excitement kelak. Kali ni Fad pergi dengan geng-geng officemate Fad. Pewh! Memang best dengan dorang. Semuanya sporting-sporting belaka youuuu!

Untuk menampakkan entri kali ni lebih panjang lebar-lebar gitu, Fad akan cerit dari kiteorang bertolak > tiba di destinasi > bergerak pulang. * haa! Memang 360 patah perkataan ++ lah habaq hang!*

Masing-masing muka tak tidur lagi even this time tengah pukul 5 pagi. Cayalah!



Dijadualkan bertolak pepagi buta yang surely kompem yang time tuu PM kita pun tengah tido *ehh!!* iaitu sekitar menjelang subuh gitu kitaorang gerak bertolak ke RnR Rawang. Demi nak menampakkan ala-ala team yang tgah konvoi secara unofficially, kami-kami ni tunggulah others officemate kat RnR Rawang. Pegi ramai-ramai baru best kan? Tambah lagi ber”racing-racing” each other kat highway tuu.

Dah lepas Tol Gopeng, terus bergambar. Tak menyempat you!


Dalam pukul 7 ++ lepas tunggu others tuu kami pun bertolak lah ke tempat yang akan berlansungnya aktiviti berkenaan. Agak jauh jugak lahh sebab masing-masing tengah excited tahap giler nak mandi sungai kan.
Alhamdulillah dalam pukul 9 lebih-lebih macam tuu *tak tengok jam time nii* dah sampai kat Sg.Gopeng tuu. Jalan dia agak complicated jugaklahh sebak terletak kat ceruk-ceruk hutan gituu. Rasa jalan macam nak pegi Pangsun, Hulu Langat pun ade. Lebih-lebih kurang jugak lahh.


Sampai di destinasi, bergambar lagi~~ yeay!

Time ni masing-masing tengah line-up untuk sign borang pebenda entah. Disebabkan tahap excited dah masuk dalam zon bunuh diri, Fad just sign jee. *Sekali ter"sign" cek 1 Juta baru kome tahu!*

Then sampai jee kat tempat alah ni, apelagi. Bergambar bagai lahh! Hahaha. Siap ade banner office lagi youuu! Jangan nak jeles lah yee. Then, ade sedikit briefing oleh guide-guide yang agak handsome jugaklahh *ecehh.. sempat lagi youuu!* Briefing tuu just take about 30 minutes cam gituu. *actually Fad pun takleh nak approximate time sangat sebab dah excited gila-gila nak mandi sungai*



Guide tuu pun terang lah segala do and don’ts semasa waktu drafting.



Do
Don’t s
Wear safety jacket yang telah disediakan
Jangan ikat life jacket tuu terlalu kuat sebab takut nanti can’t breathe.
Wear your own shoes please!
Pakai selipar takut korang punya kaki might be luka nanti kang.
Bukak segala jam, barang kemas, berlian, permata, pearl and aksesori lain bagai
Takot nanti korang boleh get injured by those stuff and takut barang tersebut hilang.
Please and please bawak camera sebab banyak moments yang best korang boleh snap.
Kalau yee pun bawak camera waterproof lah yee.
Think about others safety as well.
Jangan nak fikir diri sendiri jee nanti kena batu belah batu bertangkup baru tahu.
Dengar instruction guide korang.
Jangan ikut kepala sendiri nak buat ape-ape pun. Nanti binasakan korang sendiri.
Pakai spek bagi sesiapa yang rabun tuu.
(Jangan risau if takut spek korang tercampak / terbang sendiri sebab dorang akan ikat spek tuu tightly sangat-sangat)
Kalau tak pakai kang, terlanggar batu kang baru rasa betapa biyol nye kepalamu itu.

Tolong ignore model di tepi tuu. hahaha

Equipment-equipment yang diperlukan dalam medan perang air nanti.

Bot dia sumpah besar gile and berat gila! Dahlah yellow kaler pulak tuu.

Ade lagi others do and don’ts yang korang sememey nye kena take caution tapi, nak taip bebanyak berjela-jela kat sini memang tak lah kann. Kalau nak tahu lelebih tuu, pergi lah sendiri di tempat kejadian dan rasekan excitement tuu sendiri yee. Hee.

Make sure pakaian tuu dah cukup dengan safety semua bagai macam mereka.

It takes about 2 hours all along the journeys then kat sini terdapat 14 or 15 rapid macam tuu * actually dah lupa total checkpoint dia, maybe sebab terlalu banyak menjerit pada waktu berkenaan* Dan waktu Fad dan lain-lain main benda lah ni, water level adalah 2. So, takdelah mengganas sangat. Kalau korang nak lebih lasak, pergilah time water level 4 or 5. Confirm korang tercampak bagai habaq hang!



Korang kalau nak bawak makanan semua bagai pun boleh, sebab nanti aka nada pitstop untuk makan bagai. Tapi bawak bekalan sendiri lah yee kat dalam beg waterproof. Janganlah korang bawak KFC, Mekdi, Dominos bagai. Just bawak junkfood jee sudah. Asal boleh alas perut jee. Kalau tak nanti, korang definitely akan lapar. *berdasarkan pengalaman*


Semua bagaikan dugong terdampar di lautan. Hahaha!


Dan bagi nak korang merasakan jeles lagi dengan excitement-excitement yang Fad dah lalui hari berkenaan, tengok-tengoklah gambar dibawah yee. *saje nak bagi jeles toqq, hahahaha! * Jahat gile kan?








Suka the most these 4 picture! Jeles tak? Jeles tak? Jeles tak?

Bagi siapa yang berkenan dan nak nak nak sangat pergi melakukan this gila thing. Haa jemput-jemputlah melayari laman web benda alah nii yee.


Dan kami pun bertolak pulang dengan Alphad yang disediakan oleh pihak Whitewater Drafting ni. Terima Kasih yee Bos!


Pasangan husband-wife yang cool gila! 


Ber”billion” thanks to the entire officemates yang totally sporting on that day and thanks for let me and my friends joining this activity. Really can’t forget this moment! Thanks to Kak Ros and Encik Adam for those pictures. And Finn also Kak Ida as well because made all along the journey without fell bored at all. Hee ^^

Fad sumpah macam selekeh time ni *actually memey selekeh the most!*


Sekian, Bye Bye!

Fad
One of the practical students.

Kem Super Students Darjah 6 S.R.A Sungai Kantan di Kem Nur Bukit Unggul (Part 2)


Assalamualaikum dan Selamat pagipetangmalam semua J


Agak menyedihkan jugak lah. *ehh.. belum pape lagi dah sedih kan?* actually kem kali ni Fad tak dapat melibatkan diri for whole day sangat sebab ada hal yang lain. Hee ^^ Hal ape tuh? Lets check my entries lah gitunye eh.

Kem kali ni agak boor*ngg jugak lahh sebab takde ramai fecilitator daebak-daebakm yang lain as before ni. Tapi pape pun penglibatan pelajar kali ni memey sangat luar biasa sangat- sangat!



Part yang Fad paling terkejut sangat-sangat *ade lah bleh sampai gugur jantung ni ke tanah kejap* ialah nak kejutkan dorang untuk Qiamulail di pagi hari. Ya Allah! Dorang bangun seawal 3 pagi untuk get ready nak berqiamulail. Memang adik-adik kali ni bersungguh-sungguh dengan setiap aktiviti yang dijalankan.




Kem ni merupakan kesinambungan dari Part 1 hari tuu. So, objective kem ni same jee lah macam Part 1 punya. Nak tahu Ape dia? Let’s go to this entri :


Cuma yang tak bestnye aktiviti Riadah kali ini takde Jungle Trekking sebab kekurangan para fecilitator tapi dorang beruntung sebab dapat jumpa dengan Ustaz Sufian dalam Slot terakhir.



Siapa Ustaz Sufian? Haa. Yang Fad boleh cakap kat sini, suara beliau memang sangat-sangat sedap! Kalau bertanding dalam Akademi Fantasia, Ustaz Sufian boleh jadi juara. Definitely!


Terima Kasih kepada Adik-Adik Darjah 6 yang selamat menjalani Kem Super Student kali ini dah Kak Siti dan Fecilitator yang lain mendoakan adik-adik mendapat mumtaz dalm PSRA dan UPSR tahun ini.



Sekian, Bye Bye.
Fadlina Nasir (Kak Siti)



Wishing be a BOY.


Entri statement hangat! Kenapa hangat? Sebab tak hangit lahh. Hee.

I wish i were a boy, aku berharap aku adalah seorang lelaki. Why Fad cakap gini? Ya, its because be boy much more easier than a girl. Seriously? Urmm macam mane tuu?

Fad until right now still hoping yang i could be a boy sebab tak banyak kerenah. Lelaki, senang jee hidup dorang. Tak perlu nak hidup dalam keadaan sekeliling yang complicated. Jika dibandingkan a girl and a boy, memang banyak beno beno beno perbandingannya. Dari segi fizikal memey dah sedia maklum tapi dalaman punya pulak acano? Haa! Thats the thing that i wanna talk about right now ni.

Kalau Fad jumpa jin dalam teko Aladdin sekalipun die akan pikir lima puloh,lapan puloh kali kalau nak tunaikan hajat Fad ni. Jangan-jangan kalau ade jin jadah tuu dalam realiti ni definitely dia tanya Fad,
“Kau sure ke nak jadi lelaki ni?”

Memey dah sure 100% nak jadi lelaki. TING! Dah Fad transform too a boy. *jauh beno angan-angan =.= *
Kenapa eh Fad cakap jadi lelaki much more easier? Haa..

Hiking kat Gunung Bujang Melaka

First,  lelaki kalau nak hiking ke, merantau ke, berjimba ke, melancong ke, tak memerlukan baju atau barang-barang haram jadah yang lain. Dorang mane lah nak kisah tak pakai losyen ke, tak iron baju ke, tak pakai foundation ke. Melainkan kalau perempuan yang always and all the time nak kelihatan vogue-vogue lahh, cute-mute lahh dan segala haram jadah yang lain. Dan untuk perempuan nak mengekalkan haram jadah yang berkenaan maka, berlambaklah benda-benda alah yang die kena bawak. Dengan losyennye lahh, lip balm lahh, eyeliner lahh dan lain lain lain barang yang boleh membesarkan a.k.a memberatkan sesuatu beg berkenaan.



Second  pulak adalah, lelaki takyah nak pikir nak bersalin ke, nak beranak ke, nak mengandung bagai. Dorang just kena pikir macam mane taknak ade ketimbulan bagai perut atau dikenali bunchit tuu. Perempuan kalau bunchit? Amboi! Nampak ade lapisan sikit punya menggelabah nak diet seminggu konon nk hilangkan bunchit bagai. Alaa nama nak vogue, kenalah selim-melim gituu. *Alhamdulillah yang Fad already selim naturally gituu*


Third?  Haa. Makan semua kena jaga. Takleh makan kacang lah, makan sotonglah, makan udanglah. Sebab? Takot kena resdung bagai. Kalau lelaki, main makan jee. Yang paling best ade yang lelaki tolak batu and kayu jee. Pewh! Kalau Fad jadi isteri dorang memey heaven lahh! Takyah nak masak gulai tempoyak , kari kepala ikan semua bagai. Just goreng telur jee. Jimat pun jimat J

Fourth.  Kalaulah tengah mengembara ke, merantau ke, lelaki memey tak kisah nak duduk kat mane pun. Even nak tido kat stesen bus pun takpe sebab dorang tahu nak mempertahankan diri. Kalau perempuan? Mahu nak pikir sembilan puloh juta ribu kali kalau nak tidur tempat-tempat gini. Mana tak nya, perempuan kan insan yang lemah. Kang silap haribulan punya tahun kena rogol lahh tak ke ganyai jadinya nanti? Tak pasal-pasal kena spend RM100++ semata-mata nak membuta kat hotel hanya untuk 5 jam jee.


Hiking kat Gunung Bujang Melaka

Fifth, lelaki kalau buat benda atau aktiviti lasak takyah nye nak pikir kulit kuku cabut lah, tangan terseliuhlah, kaki bengkak lah, benda-benda alah bagai. Dorang main redah jee. Sakit-makit semua habis aktiviti baru fikir. Kalau perempuan? Alahai! Takyah cakap lah, kaki terseliuh sikit dah mintak papah, kuku tercabut dah mintak nak bandage, ade certain tuu tak kena pape pun lagi dah mintak balut-balut semua bagai. Alahai! Lembutnye! *padahal Fad macam tuu lah!

Memang best jadi lelaki sebab boleh buat benda semuanya. Semua semua semua sekali. Hiking, wall climbing, haram jadah lain-lain lagi tapi nak buat macam mana, Fad already dilahirkan perempuan. Urm. Alaa. Lekluu, zaman dah moden sekarang, lelaki boleh turns to perempuan and perempuan pun boleh turns to lelaki. Tapi jauhkan lah dari turning-turing ni semua. Masya’Allah! Lagha oii lagha! Ape yang buat sekarang, be a girl but acts macam lelaki. Take action like them. Ready to face risk like them. Sebab kita nak jadi macam dorang takleh, tapi kita boleh amek cara dorang untuk daily life kita as a perempuan.

Bajet ayu kejap *puii!*

Nak jadi ayu boleh, tapi janganlah sepanjang masa pulak yee. Certain perempuan ayu camne sekalipun mesti dia ada sikap boyish sikit. Kenapa Fad cakap macam tu? Haa dah tuu memang fact yang betul pun. 

Perempuan at least kena ada even 10% dalam diri dorang sikap boyish untuk keselamatan dan kebaikan diri sendiri J *rasa macam dah lari topik jee ni =.=”  ok, better right now Fad lari ~~~ *
~~~~~Bye!