»

Empat Bulan Sudah.


Selamat Selamat semua! *Entri Menyayat Hati*

Ok. Kali ini entri ni Fad typing sambil nangis + meleleh air liur, air hidung semua lahh *dan! dan!* Hahaha. It’s been almost 4 bulan kott rasenya Fad tak balek kampung halaman. Ya Allah! Macam duduk kat Switzerland lah pulak kann. Takleh blah langsung!

Assume kesedihan fad rase macam budak ni rase lah yee.

Memang Fad dah lame gile tak balik rumah padahal Penang – Selangor  jee pun. Aish! Apekan daya Beta. Banyak sangat komitmen kat sini. Nak cakap dah keja tak jugak, sebab right now Fad still belajar. Aishh. Tapi kesibukkan belajar tuu takdelah sesibuk orang keja sangat.

Memang rasa sebak jee hati ni bila call kat rumah then cakap dengan adik sorang demi sorang. Almaklumlah Fad anak sulung, so don’t terkejut monkey sangatlah kalau I have too many siblings J Mesti masing-masing dah besau-besau rasanya. Yang sorang dah suara garau-garau jantan. Lagi sorang dah suara merdu-merdu perempuan. *Ecehh!*

Entah ape jadi kat rumah tuu pun taktahu lahh. Kekadang tuu kalau dah lame sangat tak balik, Fad boleh sampai lupa nombor lorong rumah. Apetah lagi nombor rumah. *padahal alamat rumah kat I/C pun tak hengat!* hehehehe. Memang seorang kakak yang agak teruk jugaklah Fad ni. Hey! But I happening ok! Korang hade kakak macam ni? Hee.

Memang bila dah belajar macam ni, kita akan berjauhan dengan keluarga. Kalau yang ade penyakit homesick tuu taktahu lahh nak sumbat ubat ape. Doktor pun bleh mati sebab fikir ramuan ubat homesick ni. *cakap macam aku ni doctor! padahal I’m an engineer to be kott :P* Aminn.

Ni baru belajar, nanti kalau dah keja takkan every week nak balik? Aisey! Penat dowh kalau gituu! Nanti kahwin lagi susah! Nak balik kena mintak izin suami lagi. Kalau duduk dekat takpelah jugak. Kalau dapat suami orang KOREAN , then kena duduk kat SEOUL. * saje nak bold those two sentences manelah tahu jadi kenyataan one day nanti. Puiihh! Berangan lebih! * Tak ke menangis , merengek bagai nak mintak balik? Ish ish ish ish. Susah lagu ni, Susah weyhh!

Sebenarnya kalau dah jauh dari keluarga sejak kecik tuu mendatangkan kesenangan di hari kelak. Sebab nanti dah besau takdelah korang just bergantung dengan parents or bibik or amah or whatever lah! 

Sebenarnya stay away from your family ni, korang dapat belajar macam mana nak survive kat tempat orang and doing well. Korang kira boleh berdikari lah sonang cite! More independence gituu!

Actually bila Fad dah lame tak balik macam right now ni kan, Fad always think positive. Padahal every week call Abah mintak izin nak balik, tapi dia tak pernah nk mengizinkannya. *amboi! ayat buku !* Abah  always cakap macam ni “ Kakak cuti 4 hari jee, buat ape nak balik? Kalau balik pun kejap sangat” . Itulah benda yang Abah selalu cakap. Kalau dah dengar tuu memang Fad automatically nangis + sebak kat hati / sanubari ini. *puihh! ayat sedih!* Sumpah uolls! Fad kalau dengar Abah cakap macam gitu, I just can goin moody for whole day. Then nanti dah ade kat bilik mulalah pasang lagu “ Kasih Ibu”  lahh, “Saat Terakhir” lahh tapi for sure memang semua lagu tangkap leleh version hendon punya!

Haa! The positive thinking yang Fad selalu terfikir bila Abah cakap macam tuui alah manelah tahu one day nanti kalau ade rezeki Fad sambung overseas kee takdelah Fad homesick sangat macam sekarang. Ye lahh, Abah maybe nak mengajar jangan jadi terlalu manja dengan dia kott. Hee. Maybe dengan cara ini Fad xdelah homesick sangat. Kekadang bila dah homesick tuu, I  just mampu nangis berderai air mata bagai jee lahh.

So, bila dah macam ni baru Fad terfikir tanggungjawab Fad kat family. Macam dah sedar dengan ketentuan takdir jugak lah. Hee. Baru nak sedar, padahal before ni takde kesedaran pun. And kekadang tuu Fad tak faham jugak kenapalah ade budak-budak BRENGSET sekarang ni yang ade jee nak lari rumah bagai. Huh! Very the stupid youuu! Haa dah masuk topic lari rumah ni, meh Fad nak bagi opinion sikit.


Siapa nak penah rase nak lari rumah bagai tuu better korang fikir wisely lah sikit. Korang nak hidup sendiri? Korang taknak terkongkong dengan family? Korang malas nak duduk rumah dah? Hey ke mon lah! Nanti korang dah betul-betul teenagers macam Fad ni, korang akan lalui tuu semua. Korang akan stay away dengan family bagai. Korang nak ape? Bebas? Taknak terkongkong bagai? Absolutely korang akan rasai bila dah start sambung belajar kat IPTA/IPTS one day. On that time there just only you and your other friends jee. That korang akan tengok dan rasai kebebasan yang menjadi dambaan sangat tuu.

And, if Fad diberikan peluanglah kan. Fad nak sangat ade dengan family all time. Nak sangat kembali time sekolah menengah or sekolah rendah balik. Sebab tuu jee the only time yang korang akan selalu dengan family korang. I do even think what going on kalau Fad takde one day, then dorang takde di sisi Fad time tuu. Let say Fad ade kat Johor and my family right now ade kat Penang. Between Johor and Penang really take hours to sampai kott. Kalaulah sempat Fad boleh tengok muka dorang for the last time kalau tak? Dorang jee dapat tengok muka Fad. Fad dah takleh tengok muka dorang dah.

Adik-beradik fad yang lain. * ni gambar lame*

Memang Fad fikir jauh sangat rasanya ni. Ade sampai puncak Gunung Everest pun ade rasenye. Subhanallah! Dah over thinking sangat ni. Sebelum it’s become very the over thinking lagi, better Fad get away from here.

The boy that I miss most!

Till the next entry, Bye!

5 comments:

  1. uiks....4 bulan....klu rietta pown mau meroyan rindu bonda....sabar yea....moga cepat cepat dpt blk kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. sis buat fad nangis dah ni T.T ok kak!

      Delete
  2. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  3. Dah kerja dah kahwin lagiiii,,tak ingat

    ReplyDelete