»

Berangan #2 : Honeymoon Eiffel Tower

Oh My! Oh My! Oh My GOD! Memey sejak dua menjak ni kadar berangan Fad semakin menjadi-jadi yee anak-anak. Hahahaha! Ok! Guys, girls, tuan-tuans dan puan-puan, kak long, kak ngah, pak su, abang sayang or what so ever jee lahh! Memang rasa macam anak tekak naik loya sampai nak muntah hijau semua bagai bila tengok title yang sangat mengarut gini. Alahai!


Kahwin pun tak lagi, apetah calon untuk dijadikan suami suatu hari. Pewh! Dah macam pantun dua kerat siot! *puii!* Belum pape lagi Fad dah berangan nak berhoneymoon ke France gituu! Kelas kau Fad! Nak ke negara omputeh saje! Nak buat macam mane. Fad dah teringin bagai nak gile nak melancong ke Paris. Tambah lagi dengan orang tersayang. Hee. Ok! Melalut sudah.

The reasons why Fad terberangan nak ke Paris ni just sebab nak tengok Eiffel Tower semata-mata. Almaklumlah nak jugak naik kat tingkat atas menara tersebut then tengok pemandangan area Kota France tuu lagu mana. Mesti cantik kan?

Eiffel Tower Nampak just macam sebuah rangka besi yang sangat tinggi jee pun. Then lift nak naik tingkat atas takdelah secanggih lift kat KLCC tuu tapi, disebabkan menara yang Nampak sekepeng ala-ala macam bentuk badan Fad tuu lah yang membuat Fad tertarik nak pergi sane sebenarnya. Selain tuu jugk nak jugak belajar sikit-sikit tentang Bahasa France and cara hidup gaya dorang macam mana.

Even kat sana golongan kafir was the most. Tapi tak salah kalau kita just pergi and take a look their culture macam mana. Manalah tahu ade benda baru yang kita pelajari. And ingat! Benda yang positive jee kita amik. Yang negative tuu, just take a look jee lah eh!


Memandangkan kat France agak famous de amos dengan roti “CROISSANT” di yang bentuk dia ala-ala look a like kulit siput tuu. Memang rugilah kalau tak bedal Croissnt yang ade kan. Memang kalau Fad pergi mana-mana bakery, the wanted bread yang Fad want the most are croissant. Kalau dah kempunan croissant sangat, Fad akan cari kat Giant or Jusco. Hahaha! Nak cari croissant pun bukan senang taw, Fad penah beli croissant yang keras sangat sampai rasa gigi going to retak jee that time. Hadoi! Bapak keras toqq!



Then kalau kat Paris ni ade bas Double Decker. Alaa, yang macam logo keropok cikedis tuu lah! Double Decker kat KL moden sangat, *Kat Malaysia bas Double Decker tuu, bas Hop On Hop Off* kalau yang kat France ni, bas dia macam oldskool sikit. Dengan kaler merah hati gituu! Wohh! So sweet lah! Kalau duduk kat tingkat atas memey haevenlah! Lagi heaven kalau tetibe dapat free gift dari burung-burung yang berterbangan + berkicauan. Ketepuik! Tahi kena tang bahu. Kena cipi-cipi jee. Hahaha!


Tapi kalau boleh taknaklah pergi France time tengah salji runtuh ke bumi bagai. Sebab malas lah nak pakai baju sejuk yang tebal-tebal bagai sampai nak jalan pun kena bukak langkah bagaikan seekoq peguin gitu! Alahai! Memang tak lah! Kalau boleh pergi time summer ke, barulah nyaman sikit rasa.


Memang Fad cakap Paris macam ade kat sebelah rumah jee. Padahal in reality bukan main nun jauh disana sampai kentut kat sini pun belum tentu kat France nanti boleh dengar. Almaklumlah. Bila dah berangan-angan macam ni, mestilah kompem kita berangan yang tempat tuu dekat jee dengan kita. Ish ish ish. Tuu dia! Berangan lagi!

Bila lah boleh pergi Paris semua bagaikan? Mimpi jee lah tuu semua kalau nak pergi Paris dalam tahun ni. Entah nanti aku honeymoon kat France pun tak kompem lagi. Hahahaha.

Sesi berangan episode 2 tamat.

No comments:

Post a Comment