»

Sebenarnya aku nak jadi..

Salam sailormoon semua!

*Entri Luahan Perasaan*


Tengah sedap-sedap mandi dengan bath Jacuzzi with foam lagi tuu! *ade pulak jakuzi kat hostel Fad ni* , Fad tetibe terimbau balik kenangan lelama dulu. Tetibe rasa macam diri dah tua sangat padahal baru nak melangkah 20 an an an. Hahaha ok, tajuk entri memang takleh blah sangat-sangat. Ala-ala macam nak buat karangan sambungan time zaman PMR dulu pun ade kan? Aisey. Actuallylah kan Fad tak percaya pun Fad sekarang ni dah masuk alam pengajian tinggi and tak lama lagi dah nak habis dah. Aisey. Pejam pejam celik celik dah nak habis dah.

Kalau dibandingkan cita-cita time kecik dulu dengan apa yang Fad dah lalui sekarang ni macam lain sangat-sangat. Superbly memang berbeza kott. Dulu kalau korang nak tahu Fad teringin nak jadi retis kott. Hahaha memang rasa nak sepak pun ade kan? Silakan sajalah lakukan sepakan tuu kat Fad. Aku Rela! Hadoi! Fad pun tak tahu macam mane boleh terfikir nak jadi artis ni. Maybe dulu sebab Fad suka menyanyi kott then kadang-kadang mandi kat bilik air berjam-jam menyanyi dengan guna gayung. Hadoi! Ape bendalah yang aku buat tuu?! Sekarang? Ada jugaklah kekadang sebab feel mandi kat bilik air dengan kat bilik karaoke lain-lain taw. Dalam bilik mandi tuu siap boleh bukak shower konon-konon time ade lagu yang part sedih kita boleh buat lakonan tengah jiwa hampa gituu. Aisey, sumpah takleh belah statement beta ni.

Nganga jee lebih padahal suara kecik

Cita-cita berlarutanlah sampai darjah 3 atau 4 macam gituu. Fad tak ingat sangat. Tapi tetap tak berlalu macam tuu jee, Fad still di benak hati ade simpan cita-cita tapi tahap fanatic nak jadi penyanyi sangat tuu dah tak membara macam sebelum nii.Pastu teringin nak jadi polis pulakk dahh. Ishh ishh ishh. Ni semua sebab pengaruh cerita Gerak-Gerak Khas.. Gerak-Gerak Khas.. time zaman sekolah memang femes gila cita gerak-gerak khas ni lagi-lagi inspector yang misai ala-ala mister potato tuu. Hahaha *jahat gila mulut aku* 


Disebabkan pengaruh citer tuu, Fad jadi pelari terlaju dalam family. Tapi bila masuk, 4 x 100 m atau Marathon kee ape, Fad otomatik tak lari laju sebab nak merendahkan diri dengan orang. Lain. *puii!! Statement membuatkan muntah hijau. Sebenarnya Fad nak kasi chance kat orang lain menang. Fad malas nak menang lari-lari ni *padahal lari sebenarnye takde laju mane pun* hahaha!

Nampak ganas jee kan?.

Lepas nak jadi polis, Fad bercita-cita nak jadi askar pulak dah. Aihh! Macam-macam cita-cita patik sebenarnya. Fad nak jadi askar sebab suka masuk-masuk hutan. Dulu time sekolah ayah Fad selalu bagi permission kalau ade kem –kem jati diri jadah bagai ni. Sebab masuk hutan kann. Sampai satu tahap tuu suka sangat duduk kat hutan, Fad redah hutan belakang rumah. Hahaha. Memang gaya nak jadi orang hutan tuu dah ada. Best kott masuk-masuk hutan ni bagai. Kita dapat tengok alam sekitar yang nun lagi menghijau dan sejuk mata memandang pulak gituu. Kalau masuk hutan ni Fad rasa tenang jee. Kadang-kadang nak survive kat hutan sensorang macam Tarzan and Gorge of The Jungle pun ade. Hee. Sweetkan citarasa Fad ni?

Pastu bila terfikir balik, Fad takkan terdaya jadi 2 benda alah tersebut iaitu polis atau askar. Penyanyi? Hah! Apetah lagi, suara harap nak pecah jee memey tak sesuai nak jadi penyanyi lahh. Mungkin time tuu sebab kebodohan budak-budak ada lagi, kita jadi taktahu bila besar nak jadi ape.

Dan bila jee menglangkah Form 4, ade perebutan cita-cita sebenarnya. Other side cita-cita Fad nak jadi akauntan pun ade, other side lagi nak jadi architecture. Last-last Fad decide nak jadi ARCHITECTURE. Sebab ape? Ni semua sebab subjek lukisan kejuruteraan yang Fad belajar time sekolah dulu. Time mula-mula nak study memang bebal gila! Even nak buat satu garis lurus pun still merangkak-rangkak lagi ni kan nak lukis bangunan. Aisey, tapi sejak ada sorang cikgu baru ni ajar Fad subjek ni, Fad jadi minat dan terbukak hati, limpa, paru-paru, otak, mata dan terbukak segalanya lah nak study ni lagi dalam.



Kalau dibandingkan bidang yang Fad minat sangat and sekarang memang jauh berbeza. Luar jangkaan. Tak pernah menjangka. Even sekarang, I mean lagi tahun ni dah last year studie pasal networking field, I just can’t get along with it. Sebab I love Architecture even more. Even Fad trying macam mana sekalipun, Fad tak boleh nak minat dalam-sedalamnya macam classmate Fad yang lain. Tapi Alhamdulillah even Fad tak minat, pointer Fad goes well jee.



Why I choose architecture? Senang jee. Sebab Fad suka tengok reka bentuk bangunan. Kita might be tengok semua bangunan sama jee bentuk dia. Tinggi bagai nak mencecah langit bagai tapi setiap design tuuu lain. Sometimes tuu ade jugak nak nagis sebab tak dapat capai ape yang Fad nak tapi kalau boleh nak sangat-sangat belajar architecture. Until now I keep wishing that I could continue in architecture field. Still hoping weyh. Still hoping even dah hampir masuk 4 tahun Fad tinggalkan basic lukisan kejuruteraan tuu kat sekolah , Fad still minat benda alah ni.

Kalau nak undur balik pun rasa macam rugi jugak nak buat macam mana, Fad teruskan jee walaupun tak minat. Maybe takde rezeki nak studied in architecture. Maybe rezeki Fad dalam networking kan? J * try to give a smile eventhough sebenarnya nak nangis jee dah ni* Seriously, I very very very takleh nak terkubur impian ni. The only impian dari dulu yang takleh nak buang. T.T

Sewaktu Fedora Conference bertahun yang lepas.

Thanks kat classmate and all the seniorita jugak yang selalu tolong Fad buat benda networking field ni even I very lack in it. Insyaa’Allah rezki yang telah ditetapkan tuu berbeza. J *pesal sad ending tetibe pulak ni? Aiseyy.*



Bubye!

4 comments:

  1. kdg2 apa yg dicapai berlainan dari apa yg dicita2kan..g.luck ;)

    ReplyDelete
  2. woot woot.. kita ada laa dlm gambar kat atas. weee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, sheera. jadi femes lah kejap eh.. hahahah

      Delete