»

Hilangnya seorang teman.

Hari jumaat yang lalu,Fad kehilangan seorang kawan and beliau dah macam abang dah bagi Fad. Rizal aka Darul Takzim yang merupakan bekas pelajar di GMI. Agak mengejutkan jugak sebab ia berlaku secara sekelip mata, dan tanpa diduga tambahan lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak macam ni. Sebab bagaikan baru semalam arwah sms Fad semata-mata nak ajak pegi hiking Gunung Bujang Melaka lagi sekali.


Arwah banyak mengajar Fad tentang nature and the hiking stuff. Part paling best, beliau tak pernah lupa nak ajak Fad ikut hiking sekali padahal nanti selalu kena buli naik puncak gunung paling cepat sebab Fad memang cepat penat bila time mendaki. Kalau surface rata jee boleh lah sampai laju-laju.

Kalau recalled balik kenangan memang tak banyak mana sebab baru jee kenal beliau. Tapi memang tk boleh lupa akan beliau sebab he the only one hiking partner that I have. Memang banyak sangt tunjuk aj
ar dari beliau yang Fad takleh lupe.

Waktu first time hiking kat Gunung Bujang Melaka, Fad and member, Nisa macam blurr-blurr skit sebab tak tahu nak bawa barang ape untuk ke puncak. Beliaulah bagi guideline barang ke puncak. Beliau jugak bagi guideline pakaian nak kene bawak bape, ape jee untuk persalinan nanti. Lebih kurang semualah. He a really good cookers. Sampai Fad yang tak reti masak ni *potong bawang pun failed!* pun kagum dengan skills masakan beliau. Ketang keting ketung dah siap. Sedap pulak tuu! Bakat semulajadi katanya. Then we spend the all night at the campsite dengan nyanyi and playing guitar together.

It’s really best memories bila time turun dari gunung boleh pulak hujan lebat membasahi bumi tambah pulak time tuu Fad punya kaki dah tak berapa stabil. Bukan tempang ok! Kiteorang  yang terdiri daripada team otai *padahal tak otai mana pun* boleh redah hujan tuu sambil berkaroke. Vokalis utama, beliau dan Joe. Memang tak boleh lupakan lah.Kat sini jugak beliau memberi ajayanyang agak unik yang Fad takleh nak lupe iaitu belajar basuh pinggan mangkuk guna pasir sungai. Mencuci pinggan ala old-school gituu.

Then second time it was during Fad hiking kat Gunung Suku. Gunung ni memang kegemaran Fad sebab nature dia cantik sangat-sangat walaupun jauh beribu batu nak sampai ke puncak. Fad hiking dengan beliau memang ade jee topic nak cakap sampai semput nak bercakap sambil naik gunung. Dah tu boleh take a picture while hiking. Gambar bungalah, gambar pokok lah, gambar ulat gonggok besar pun beliau snap jee.
Setiap yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti cuma tak tahu bila dan dimana. Mungkin dah sampai ajal beliau lebih awal dan penuh barakah di bulan ramadhan sebegini.  Al Fatihah.


P/S: Takziah buat Keluarga Rizal dan tunang beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminn.

No comments:

Post a Comment